CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4508|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lebih 26,000 mangsa banjir di 5 negeri setakat tengah hari ini - Nadma

[Copy link]
Post time 28-12-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk kampung yang terputus hubungan terpaksa menggunakan sampan untuk menyeberangi air banjir di Jalan Kampung Pemberian susulan limpahan air Sungai Lebir. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah mencatatkan penurunan kepada 26,914 orang tengah hari ini, berbanding 28,032 orang pada 8 pagi tadi.

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif di lima negeri terbabit juga menurun kepada 131 PPS setakat 12 tengah hari ini, berbanding 137 PPS pada sebelah pagi.

Menurut laporan itu, jumlah mangsa di Kelantan menurun kepada 21,252 orang tengah hari ini berbanding 21,377 orang pagi tadi, yang ditempatkan di 67 PPS di lima daerah dengan PPS di daerah Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 18,293 orang.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu turut mencatatkan penurunan kepada 5,359 orang berlindung di 53 PPS tengah hari ini, berbanding 6,289 orang di 59 PPS pada sebelah pagi, dengan daerah terjejas kekal meliputi Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.


Laporan itu turut memaklumkan, di Johor jumlah mangsa menurun kepada 63 orang tengah hari ini berbanding 121 orang pada sebelah pagi dengan empat PPS yang masih aktif di Mersing dan Segamat.

Bagaimanapun, di Pahang jumlah mangsa sedikit menurun kepada 209 orang yang berteduh di lima PPS di empat daerah, termasuk 87 orang yang ditempatkan di sebuah PPS di daerah Cameron Highlands membabitkan insiden tanah runtuh, berbanding 214 orang pada pagi tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa di Sabah tidak berubah dengan 31 mangsa masih berlindung di dua PPS di Pitas.

Hujan berterusan tahap waspada dijangka sepanjang hari ini di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngah-hari-ini-nadma
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngah-hari-ini-nadma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059645 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list