CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6266|Reply: 0

FDAM Cungkil Potensi Pempengaruh Media Sosial

[Copy link]
Post time 28-12-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Selepas dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bagi penggal 2024 hingga 2025, Datuk Afdlin Shauki merancang memperkasakan industri seni dan kreatif dengan membuka penyertaan kepada pempengaruh media sosial menyertai persatuan berkenaan.


Afdlin, 55, berkata inisiatif itu membolehkan pempengaruh media sosial mengambil peluang belajar daripada ahli lebih berpengalaman, termasuk mendalami ilmu pengarahan menerusi program khas yang akan dianjurkan tidak lama lagi.






"empengaruh media sosial akan diberikan satu keahlian khas. FDAM akan adakan kelas untuk mereka mempelajari ilmu pengarahan daripada ahli lebih 'senior'.


"Mereka juga akan dipantau dan diberikan tunjuk ajar supaya dapat naik ke tahap seterusnya.


"rogram ini masih baru dan kami sedang siapkan. Apabila bersedia memperkenalkan kepada umum, kami akan ajak pempengaruh media sosial untuk hadir kursus yang diadakan," katanya kepada BH Online.


Kata Afdlin, secara asasnya, FDAM mahu tunjukkan kepada pempengaruh media sosial bagaimana kerja pengarahan yang sebenarnya.


"Mungkin satu hari mereka mahu buat filem cereka, jadi apa yang perlu dimiliki adalah pengalaman, kemahiran dan pengetahuan.


"Kami akan berkongsi perkara ini dan kalau mereka mahu kekal dalam media sosial, sekurang-kurangnya ada tambahan ilmu yang boleh dipraktikkan.


"Daripada program ini juga, kami akan berikan mereka sijil pengiktirafan sebagai pempengaruh media sosial," katanya.


Mengulas mengenai program khas untuk pempengaruh media sosial yang bakal dijalankan, awal tahun depan, Afdlin berkata, visinya untuk mencungkil potensi supaya mampu melangkah lebih jauh khususnya dalam bidang pengarahan.


"Saya mahu pempengaruh media sosial tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah langkah pertama yang baik.


"Apa yang dilakukan terutama di media sosial sudah bagus dan ada potensi pergi lebih jauh.


"Tapi, dalam apa sahaja dibuat, kami perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih maju dan lebih baik pada masa akan datang.


"Kami kena berusaha untuk menaikkan taraf atau kemahiran, jadi untuk berusaha ke arah itu, perlu ada pembelajaran.


"Bagaimanapun, FDAM masih belum mengadakan perbincangan secara khusus untuk mengadakan program ini. Seramai mana penyertaan tidak ditetapkan dan kami akan memaklumkan apabila ia sudah dilancarkan," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.051303 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list