|
MITOMA berdepan masalah kecederaan sebelum Piala Asia. FOTO Reuters
London: London: Pemain Jepun, Kaoru Mitoma masih diragui kehadirannya dalam Piala Asia bulan depan selepas tidak dapat beraksi selama sehingga enam minggu akibat cedera pada buku lali.
Pemain sayap berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan ketika perlawanan seri 1-1 antara Brighton dan Crystal Palace minggu lalu.
Terdapat juga keraguan mengenai pemain sayap, Simon Adingra di Piala Negara-Negara Afrika selepas dia cedera hamstring dalam perlawanan yang sama.
Piala Asia, di Qatar bakal bermula pada 12 Januari, manakala Piala Negara-Negara Afrika bermula di Ivory Coast pada hari berikutnya.
Kira-kira 10 pemain Brighton yang dijangka bakal terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) esok pagi di laman sendiri menentang Tottenham.
Jurulatih kelahiran Itali, Roberto De Zerbi berkata, kira-kira 10 pemain yang cedera atau mungkin lapan, tetapi dua pemain berkenaan tidak boleh memulakan permainan.
"Mitoma adalah salah seorang daripada mereka. Kita kehilangan Kaoru kira-kira enam minggu.
"Bagi Adingra pula, saya rasa dia memerlukan empat atau lima minggu untuk pemulihan, dan esok Mitoma dan Adingra tidak akan bermain.
"Saya yakin pembabitan Brighton dalam Liga Europa mungkin menjadi faktor dalam senarai kecederaan yang panjang, tetapi saya mengakui pengurus EPL lain, termasuk pengendali Spurs, Ange Postecoglou, juga menghadapi masalah yang sama.
"Musim ini, banyak kecederaan membabitkan (Solly) March, Pervis Estupinan, (Julio) Enciso dan Mitoma.
"Saya ingin bermain dengan skuad penuh tetapi Tottenham sudah bermain banyak perlawanan tanpa tujuh, lapan pemain dan saya tidak pernah dengar Postecoglou merungut.
"Ini adalah bola sepak dan kita perlu terima hakikat itu. Saya fikir kita boleh bersaing dengan cara yang sama. Mungkin di bangku simpanan kita tidak memiliki kualiti yang sama dengan skuad penuh tetapi kita mungkin memiliki lebih banyak tenaga dengan pemain muda," kata De Zerbi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... terlepas-piala-asia |
|