CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21375|Reply: 0

[Terengganu] Kawasan pencarian Muhammad Harraz Ilman diperluaskan

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Kawasan pencarian Muhammad Harraz Ilman diperluaskan


Oleh Zatul Iffah Zolkiply - Disember 27, 2023 @ 10:20pm  zatuliffah@bh.com.my




Anggota bomba dan penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) seorang budak lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim hari ini. Mohd Haraz Ilman Mohd Shahril Ridzuan, 11, dilapor masih hilang, manakala dua yang terselamat adalah adiknya, Mohd Firaz Wafi , 9, dan rakan kepada dua beradik itu yang sedang dikenal pasti identitinya - Foto NSTP/GHAZALI KORI




KUALA TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang budak lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim di sini petang tadi diperluaskan sehingga 30 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan lemas.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Khairiri Mat Resad@Arshad berkata, pencarian dilakukan pasukan penyelamat termasuk anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) yang diaktifkan jam 5 petang tadi.

Beliau berkata, anggota PPDA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu sudah melakukan empat selaman setakat ini namun masih belum menemui mangsa.

"Ketika ini, anggota PPDA BBP Kuala Berang sedang membuat persiapan untuk melakukan selaman yang kelima dan kita berharap mangsa dapat dijumpai segera bagi mengelak risiko kepada penyelamat.

"Operasi pencarian akan diteruskan sehingga kita mendapat petunjuk baharu dengan fokus ketika ini pada jarak 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

"Pada masa sama, pencarian turut dilakukan di permukaan air," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di sini hari ini.

Mohd Khairiri berkata, seramai 46 pegawai dan anggota terdiri daripada JBPM, pasukan bomba simpanan (PBS), polis, pegawai perubatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terbabitdalam operasi berkenaan.

Beliau berkata, kejadian ini adalah kes lemas pertama membabitkan mangsa dalam musim Monsun Timur Laut (MTL) 2023/24 di Terengganu.

"Sebenarnya, kawasan ini memang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko banjir dan JBPM menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengawasi pergerakan anak-anak yang lebih terdedah dengan risiko lemas dalam musim banjir ketika ini.

"Walaupun cuaca dilihat semakin baik dan paras air menurun, ia masih lagi berbahaya untuk sebarang aktiviti air termasuk untuk beriadah," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang budak lelaki dikhuatiri lemas manakala dua lagi terselamat ketika mandi di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim di sini.

Mangsa yang dikhuatiri lemas dikenal pasti sebagai Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan, 11.

Dua lagi yang terselamat adalah adiknya, Muhammad Firas Wafiy , 9, dan seorang lagi yang juga rakan kepada dua beradik itu yang sedang dikenal pasti identitinya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.050788 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list