CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12322|Reply: 0

Dakwaan Fitnah, Ramasamy Pula Saman Zakir Naik

[Copy link]
Post time 27-12-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik atas dakwaan memfitnahnya satu ceramah di Nigeria, bulan lalu.


Ramasamy memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 November lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan Zakir selaku defendan tunggal.


Foto: Kosmo




Dalam pernyataan tuntutan itu, Ramasamy mendakwa Zakir atau nama penuhnya, Zakir Abdul Karim Naik mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya dalam ceramah di Sokoto, Nigeria, 2 November lalu.


Menurut Ramasamy, rakaman ceramah itu dimuat naik oleh Zakir pada 4 November lalu di Facebook (FB) miliknya yang mempunyai kira-kira 23 juta pengikut.


Ia menyentuh mengenai kemenangan kes saman fitnahnya terhadap Ramasamy dan mendakwa defendan menggelarnya sebagai musuh Islam.


Pada 2 November lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada Zakir kerana mengeluarkan lima kenyataan fitnah terhadapnya.


Ramasamy menegaskan, tuduhan Zakir adalah palsu, berbaur fitnah dan dibuat dengan niat jahat, yang mampu membentuk maksud biasa dan semula jadi bahawa beliau seorang rasis dan anti-Islam jika ia dibawa kepada perhatian orang yang munasabah.


Berikutan itu, Ramasamy berkata, Zakir membuat kenyataan tanpa asas dan provokasi dan ia merosakkan nama baik dan reputasinya, selain dibenci, dijauhi, dihina, ditertawakan atau dipandang rendah oleh masyarakat, khususnya orang Islam.


"Saya tidak hadir pada majlis itu dan tidak dapat membela atau memberi balasan terhadap tuduhan berkenaan. Defendan disanjungi umat Islam seluruh dunia sebagai tokoh agama, jadi tuduhan itu dipercayai bulat-bulat masyarakat Islam terutama pengikutnya sehingga saya mendapat kecaman dan ugutan teruk di media sosial," katanya.


Ramasamy berkata, walaupun sudah menghantar surat tuntutan bagi memberi peluang menarik balik kenyataan itu, Zakir gagal memenuhi terma dinyatakan dalam surat berkenaan atau memberikan sebarang penjelasan.


Sehubungan itu, Ramasamy menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan dan memohon perintah injunksi mandatori supaya defendan menarik balik tuduhannya dan memadamkan rakaman video di semua laman sosial milik defendan.


Ramasamy turut menuntut Zakir membuat permohonan maaf terbuka dan tanpa syarat yang diterbitkan di akaun FB milik defendan selama 30 hari dan menerbitkan permohonan maaf di beberapa akhbar tempatan berbahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil.


Dalam prosiding pengurusan kes hari ini yang dijalankan secara e-review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Shasha Hidayah Nor Azahar, mahkamah memerintahkan Zakir memfailkan pernyataan pembelaan pada atau sebelum 16 Januari ini dan menetapkan tarikh pengurusan kes lanjut pada 19 Februari ini.


Pada prosiding berkenaan, Zakir diwakili peguam Meor Hafiz Salehan manakala Shamser Singh Thind bertindak untuk Ramasamy.


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.063123 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list