CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6679|Reply: 0

[Borneo] CCTV rakam gelagat lelaki pilih barang untuk dibawa lari

[Copy link]
Post time 27-12-2023 01:44 PM | Show all posts |Read mode


Perbuatan seorang lelaki yang sibuk memilih barangan berharga di pekarangan sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan berjaya dirakam CCTV malam Isnin.

MIRI: Perbuatan seorang lelaki memasuki sebuah rumah yang sedang dalam pengubahsuaian seterusnya membawa keluar rangka aluminium berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri Malateh Mahmud b
erkata, pihaknya mendapat aduan daripada pemilik rumah yang menyedari gelagat lelaki tidak dikenali itu sedang 'memilih' barangan untuk dibawa lari.

Tambah Malateh, pengadu yang sedang berada di Bintulu memeriksa CCTV dan mendapati terdapat pergerakan mencurigakan di pekarangan rumah berkenaan.

Bertindak atas aduan sekitar jam 9.30 malam Isnin, Unit Rondaan Cegah Jenayah bergegas ke lokasi di Pujut 8B/C seperti yang dimaklumkan pengadu.

Pemeriksaan dilakukan unit rondaan di bahagian belakang rumah dan mendapati seorang lelaki sedang asyik mengangkat rangka aluminium pintu dan jendela.

Apabila diperiksa katanya, suspek mengaku hanya mengambil aluminium dan mendakwa perbuatannya tidak salah.
Suspek kemudian telah dirujuk kepada pihak berkaitan untuk tindakan seterusnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057446 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list