CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6788|Reply: 0

[Sabah] Lelaki warga emas maut, isteri parah diserang gajah

[Copy link]
Post time 27-12-2023 01:37 PM | Show all posts |Read mode


GAJAH: Keadaan kebun ubi mangsa yang diserang gajah di Kampung Perpaduan, Skim Begahak, di sini.

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya parah selepas diserang sekumpulan gajah di Kampung Perpaduan, Skim Begahak, di sini.

Mangsa, Lopis Jubin, 90, disahkan maut manakala isterinya berumur 61 tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Menurut sumber, ketika kejadian, kedua-dua mangsa berada di dalam sebuah pondok untuk menjaga kebun ubi mereka sebelum didatangi sekumpulan 12 ekor gajah kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu.

Katanya, sebaik menyedari kehadiran gajah berkenaan, pasangan terbabit bertindak keluar daripada pondok dan cuba melarikan diri.

“Salah seekor gajah bagaimanapun dikatakan mengejar mereka dan menyerang pasangan suami isteri itu termasuk menendang dan memijak mangsa.

“Akibat serangan haiwan berkenaan, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di dada, mata dan tangan manakala isterinya turut parah dan mengalami patah di bahagian pinggang dan paha kiri serta lebam di kedua-dua tangan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke bahagian forensik Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut manakala isterinya dilaporkan masih rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu ,Silvester Saiman berkata, sepasukan anggota sudah digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

Katanya, pemeriksaan mengesahkan kehadiran sekumpulan gajah di kawasan kebun ubi milik mangsa termasuk kesan tapak kaki gajah, pokok ubi yang patah serta geseran pada pondok yang didiami mangsa.

“Terdapat juga kesan tapak kaki gajah di kawasan parit kecil iaitu lokasi kedua-dua mangsa ditendang dan dipijak,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada kelibat gajah sepanjang pemeriksaan dan tidak berlaku sebarang provokasi antara mangsa dan gajah semasa kejadian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.055015 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list