CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6735|Reply: 0

[Sabah] Empat individu ditahan bantu siasatan kes bunuh di Beaufort

[Copy link]
Post time 27-12-2023 01:34 PM | Show all posts |Read mode


BUNUH: Mayat mangsa ditemukan di kawasan belukar berhampiran ladang kelapa sawit, Kampung Ulu Bambangan, Membakut, di sini.

BEAUFORT: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes bunuh di ladang kelapa sawit, Kampung Ulu Bambangan, Membakut, di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendant Ismail Abdullah berkata, penahanan dijalankan susulan penemuan mayat wanita warga asing dengan kesan kelar di leher dan tetakan di beberapa bahagian badan di kawasan belukar berhampiran ladang kelapa sawit terbabit.

Katanya, mayat wanita warga Filipina berumur 43 tahun itu ditemukan ahli keluarganya pada jam 11 pagi Isnin sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis.
“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai hilang ketika turun bekerja di ladang sawit tempatnya bekerja.

“Suami mangsa kemudian berusaha mencari isterinya sebelum menemukan sehelai seluar warna hitam milik mangsa di tempat kerjanya iaitu di kebun sawit yang sama.

“Ahli keluarganya berusaha mencari mangsa di sekitar lokasi penemuan seluar itu sebelum berjaya menemukan mayat mangsa di belukar berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, ketika ditemukan, terdapat beberapa kesan kecederaan tetakan di beberapa bahagian badan mangsa.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan oleh Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah terhadap mayat mangsa mendapati tapak tangan sebelah kanan mangsa hampir putus.

“Terdapat juga kesan luka di bahagian dahi sebelah kanan dan kesan kelar di bahagian leher yang dipercayai ditetak dengan senjata tajam,” katanya.

Menurutnya, tiga lelaki dan seorang wanita warga Filipina berumur 30-an hingga 40-an kemudian ditahan pada 25 Disember lalu bagi membantu siasatan berhubung kes ini.

“Kesemua suspek yang ditahan akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan suspek lain giat dijalankan dengan bantuan Unit Siasatan Khas (D9), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik JSJ IPK Sabah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.472048 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list