CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5232|Reply: 0

[Perak] Pengerusi persatuan mengaku tidak salah guna gelaran ‘Datuk Seri ‘ palsu

[Copy link]
Post time 27-12-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode

Saiful Sharma mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran 'Datuk Seri' yang tidak diiktiraf, Oktober lalu. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Pengerusi Persatuan Pasukan Keselamatan Rakyat Setia Berjasa Sukarela Negeri Perak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ yang tidak diiktiraf, Oktober lalu.

Tertuduh, Saiful Sharma Abdullah, 52, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S. Punitha.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang juga seorang duda itu didakwa sebagai seorang yang tidak berhak untuk menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan ‘Datuk Seri’ telah dengan sengaja menggunakan dan menikmati gelaran tersebut pada surat memohon kelulusan untuk menganjurkan Majlis Ulang Tahun ke-9 Persatuan Pasukan Keselamatan Rakyat Setia Berjasa Sukarela Negeri Perak.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di dalam daerah Ipoh pada 31 Oktober 2023.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin namun Teeban Kummar yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan minimum atas alasan anak guamnya menghidap penyakit kronik dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua orang penjamin dan menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... n-datuk-seri-palsu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.056938 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list