CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3240|Reply: 3

Tiga Termasuk Dua Budak Bawah Umur Didakwa Culik Kanak-Kanak Usia 7 Tahun

[Copy link]
Post time 27-12-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Tiga remaja termasuk dua yang masih di bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, dua minggu lalu.


Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh sebelum ini telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret, R. Salini.




Foto: Kosmo




Namun setelah melihat ketiga-tiga tertuduh kurang memahami Bahasa Melayu ketika permintaan rayuan dikemukakan, mahkamah kemudian meminta pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.


Kemudian,  tertuduh, Jonathan Yet, 18, bersama dua rakannya yang berusia 15 dan 17 tahun menukar pengakuan mereka kepada tidak bersalah.


Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka secara bersama telah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Jalan Serampang, di sini pada pukul 5.15 petang, 12 Disember lalu.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shamira Mohd. Luthfi Ismail, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.


Pihak pendakwaan memohon jaminan sebanyak RM8,000 kepada semua tertuduh, sebelum mahkamah menetapkan jaminan RM2,500 untuk setiap tertuduh, bagaimanapun dua tertuduh yang masih dibawah umur perlu dijamin ibu bapa atau penjaga.


Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 23 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan sosial dan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2023 01:25 PM | Show all posts
orang msia ke yang tak paham bahasa melayu

geng2 cina rupanya yang dok giat menculik budak . ingatkan orang melayu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh dah tangkap pun setan2 nie. Nie kes culik budak cina dari sg yg apaknya nak chek warehouse untuk bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 03:32 PM | Show all posts
black_handbag replied at 27-12-2023 01:25 PM
orang msia ke yang tak paham bahasa melayu

geng2 cina rupanya yang dok giat menculik budak . ingatk ...

faham ja BM cuma cari alasan nak tukar pengakuan cakap lah tak faham.

aku saspek cina ni colek anak cina la. Colek anak melayu berapa sen ja ko dapat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051241 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list