CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12040|Reply: 0

[Kelantan] Tiga kes lemas akibat banjir di Kelantan sejak 21 November

[Copy link]
Post time 26-12-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Muhamad Zaki Harun

Kota Bharu: Sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), jumlah kes mati lemas akibat banjir di Kelantan ialah dua kes yang membabitkan tiga mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki di Kubang Kerian dan dua kanak-kanak perempuan di Pasir Mas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, empat lagi kes kematian adalah mangsa mati lemas bukan akibat banjir dan mati mengejut.

"Justeru itu, orang ramai dinasihatkan cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan, serta sentiasa berwaspada dan patuh pada arahan serta panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Orang ramai terutamanya golongan remaja bermotosikal diingatkan supaya tidak pergi ke tempat banjir dan seolah-olah berpesta kerana perbuatan itu akan mengundang risiko kemalangan. Ia juga mengganggu kelancaran kenderaan petugas sekali gus akan merencatkan kerja menyelamat dan perpindahan mangsa banjir," katanya menerusi satu kenyataan di sini.



Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi MTL yang bermula pada pertengahan November dan dijangka akan berakhir pada Mac tahun depan.

Katanya, mulai 24 Disember lalu, Kelantan dijangka dilanda banjir gelombang ketiga yang mana setakat ini membabitkan enam daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-sejak-21-november

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059146 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list