View: 10537|Reply: 0
|
[Kelantan]
Mayat Nur Damia ditemui selepas tiga hari hilang
[Copy link]
|
|
Gambar Nur Damia (kanan) dan Siti Aisyah.
RANTAU PANJANG – Seorang kanak-kanak perempuan yang lemas akibat terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Petai Dusun di sini akhirnya ditemui pagi tadi selepas tiga hari hilang.
Mayat Nur Damia Qaisara Mohd. Sabre,11, dijumpai kira-kira pukul 7 pagi oleh penduduk kampung di kawasan kebun kelapa sawit yang terletak 1 kilometer (km) dari lokasi dia mandi-manda bersama rakannya, Siti Aisyah Mazi,11.
Ahli keluarga mangsa, Faizol Samsudin, 38, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Katanya, mayat Nur Damia Qaisara dibawa pulang ke rumah untuk tindakan lanjut.
Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang budak perempuan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Banggol Petai, di sini pada Ahad lalu.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Aisyah yang berusia 11 tahun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah dekat sini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Bomba Kanan I Azmi Jaafar berkata, siasatan mendapati, dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai itu dan seorang daripada mereka ditemui oleh penduduk kampung. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... s-tiga-hari-hilang/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|