View: 3350|Reply: 0
|
[Kelantan]
Rantau Panjang lumpuh, paras Sungai Golok lepasi bacaan Bah Kuning 2014
[Copy link]
|
|
Keadaan sebuah rumah di Kedai Lama, Rantau Panjang yang ditenggelami banjir susulan limpahan air Sungai Golok malam ini. - Foto media sosial
KOTA BHARU – Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang ketika ini mencatatkan bacaan 11.03 meter (m) susulan hujan berterusan sejak tiga hari lalu.
Bacaan tersebut sekali gus melepasi bacaan paras sungai itu semasa bah besar yang melanda seluruh Kelantan pada 2014 iaitu 10.52 m.
Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, setakat pukul 11.30 malam ini, paras air di Sungai Golok melepasi paras bahaya iaitu 9 m.
Katanya, bacaan paras air di sungai tersebut ketika ini menunjukkan trend menaik.
Sementara itu, tokoh motivasi dan penggerak badan bukan kerajaan (NGO) di Pasir Mas, Raja Shamri Raja Husin menerusi kenyataan di Facebook miliknya memaklumkan, paras air Sungai Golok ketika ini tertinggi dalam sejarah.
Katanya, keadaan itu menyebabkan kebanyakan kawasan di Rantau Panjang lumpuh. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... an-bah-kuning-2014/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|