View: 28117|Reply: 0
|
JDT berpeluang beraksi dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2025
[Copy link]
|
|
JDT berpeluang beraksi dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2025
JDT berada di ranking ke-11 dalam kalangan pasukan Asia dengan mengutip 38 mata. - Foto Bernama
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) membawa khabar gembira buat peminat bola sepak tempatan apabila berpotensi beraksi dalam saingan Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) 2025.
Ia selepas badan induk antarabangsa itu menyenaraikan skuad Harimau Selatan antara 12 kelab terbaik Asia untuk bersaing merebut slot ke saingan yang juga dikenali Mundial de Clubes FIFA, dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat pada 2025.
Berdasarkan senarai berkenaan, JDT berada di ranking ke-11 dalam kalangan pasukan Asia dengan mengutip 38 mata di belakang kelab Iran Persepolis FC di tempat ke-10 dan Daegu FC dari Korea Selatan di tempat ke-12 manakala Al Hilal FC dari Arab Saudi mengungguli carta kedudukan dengan 97 mata.
Empat slot diperuntukkan untuk benua Asia, iaitu tiga pemenang pertandingan kelab peringkat tertinggi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Liga Juara-Juara AFC dan satu slot menerusi ranking dalam pertandingan itu.
Pemenang Liga Juara-Juara AFC 2021 Al Hilal SFC dan juara edisi 2022 Urawa Red Diamonds dari Jepun telah mengesahkan slot mereka untuk kejohanan yang dijadualkan pada 15 Jun hingga 13 Julai itu.
Kedua-dua kelab itu akan disertai pemenang Liga Elit Juara-Juara AFC 2023/24 yang dijenamakan semula, kelab di ranking terbaik tidak termasuk tiga juara, untuk mencabar kelab terbaik dari enam konfederasi benua pada 2025.
Peluang agak tipis buat JDT walaupun muncul juara Liga Super sebanyak 10 kali, juara Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih, apabila sekadar menduduki tempat ketiga kumpulan dalam saingan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC musim ini.
Selain empat pasukan kelab Asia, pertandingan itu juga akan menampilkan kelab Oceania, empat dari Afrika, empat kelab dari konfederasi Utara, Amerika Tengah dan Caribbean, enam dari Amerika Selatan dan 12 dari Eropah, termasuk pemenang Liga Juara-Juara UEFA Chelsea, Real Madrid dan Manchester City.
President FIFA Gianni Infantino berkata Piala Dunia Kelab menjadi pertandingan terbuka berdasarkan merit sukan yang akan memainkan peranan penting sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan bola sepak benar-benar global.
"Kelab memainkan peranan asas dalam bola sepak dunia, dan Piala Dunia Kelab FIFA 2025 akan menjadi mercu tanda utama dalam menyediakan kelab dari semua konfederasi untuk menyinar di peringkat tertinggi,” katanya.
Berikutan Piala Dunia Kelab akan berlangsung setiap empat tahun bermula 2025, Piala Antara Benua FIFA akan diadakan setiap tahun bermula 2024, dengan pemenang play-off antara benua dalam kalangan kelab dari konfederasi lain akan berdepan pemenang Liga Juara-Juara UEFA pada pusingan akhir. - Bernama
Sumber:https://www.sinarharian.com.my/a ... nia-kelab-fifa-2025
|
|
|
|
|
|
|
| |
|