CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34672|Reply: 2

[SEJARAH] Tani Yutaka: Spy Jepun di Tanah Melayu!

  [Copy link]
Post time 25-12-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Tani Yutaka: Spy Jepun di Tanah Melayu!


Tani Yutaka, mungkin namanya kurang popular di Tanah Melayu tapi beliau sangat terkenal di Jepun. Siap digelar Harimau Malaya lagi dan dibuat filem pasal dia. Ni dah macam Loid Forger dalam Spy X Family dah!

Dilahirkan di Fukuoka pada 1911. Beliau pindah ke Tanah Melayu bersama keluarganya. Kemudian beliau kembali ke Jepun untuk lanjutkan pengajian. Dan seterusnya kembali semula ke Kuala Terengganu dan membuka kedai gunting rambut.

Budaya Melayu tempatan sangat kuat dari kawan-kawannya sehinggalah beliau memeluk Islam dengan nama Mohd Ali bin Abdullah.
Yutaka dan keluarganya sangat fasih bertutur bahasa Melayu dalam loghat Terengganu. Beliau sangat mudah beradaptasi dengan adat dan budaya Melayu.

Beliau juga sempat berkahwin dengan wanita Melayu secara rahsia. Tapi tak lama sebab diorang bercerai.
Macam biasa je kehidupan dia ni. Bila yang dia jadi spy tu?

Ketegangan dan dendam kaum Cina terhadap masyarakat Jepun yang tinggal di Tanah Melayu semakin membarah kerana tentera Jepun yang menyerang China dalam Insiden Mukden di Manchuria pada tahun 1931.

Orang-orang Cina berkempen supaya warga tempatan pulaukan perniagaan milik bangsa Jepun siap merusuh lagi.
Dalam satu kejadian yang berlaku pada 6 November 1932, premis perniagaan milik keluarga Tani Yutaka dibakar manakala adiknya Shizuoka pula telah dirogol dan dibunuh.

Yutaka simpan dendam terhadap geng kongsi gelap yang bunuh adiknya hingga dia nekad jadi gangster sekembalinya dia ke Terengganu dari Jepun.
Yutaka pun join Yakuza di bawah clan Yamada. Kumpulan yang dianggotai oleh Yutaka ni lebih dikenali sebagai kumpulan Harimao.

Kumpulan Harimao rata-ratanya dianggotai oleh rakan-rakan berbangsa Melayu dan Siam aktif serang beberapa geng dan usahawan Cina.
Adakalanya pegawai Inggeris turut jadi sasaran kerana pembunuh adiknya hanya ditangkap, dibicarakan dan dibebaskan oleh pesuruhjaya British.
Beliau kemudian ditangkap di Hatyai, Thailand, dan dipenjarakan selama dua bulan.

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, beliau pernah bertugas sebagai ejen pengintip untuk Tentera Imperial Jepun.

Beliau ditugaskan adalah mensabotaj usaha perang pihak Inggeris. Yutaka berkhidmat untuk sebuah agensi perisikan Jepun yang berpusat di Thailand dikenali sebagai Fujiwara Kikan atau F-Kikan, agensi yang melakukan cubaan menggerakkan gerakan Melayu Muda yang anti-British.
Tani Yutaka meninggal dunia pada 17 Mac 1942 di Singapura dan dikebumikan di Japanese Cemetrial Park.
Bagaimana beliau meninggal dunia?

Beberapa sumber dakwa bahawa beliau terbunuh semasa misi mensabotaj sebuah empangan di Johor.

Sumber lain dakwa bahawa beliau berjaya sabotaj, lalu meninggal dunia kerana kecederaan ataupun akibat wabak malaria kerana terlalu lama terdedah dengan iklim hutan tropika.

Beliau juga merupakan salah seorang petugas tentera yang namanya diabadikan di Kuil Yasukuni yang merupakan sebuah kuil ajaran Shinto di Chiyoda, Jepun, walaupun beliau sebenarnya beragama Islam.

Kisah hidup Tani Yutaka diadaptasi ke dalam karya novel dan filem “Marai no Tora” (1943) dan “Malaya Harimao” pada tahun 1989.



Oleh: Azizul Farhan


Sumber:https://thepatriots.asia/tani-yutaka-spy-jepun-di-tanah-melayu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2023 03:19 PM | Show all posts
i tengok nama ni teringat player bola Kuching FC kawen dengan melayu sarawak minggu lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka TT peminat Loid Forger
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054123 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list