CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9556|Reply: 0

[Perlis] Ramai ke Hatyai cari makan murah

[Copy link]
Post time 25-12-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Orang ramai beratur seawal sebelum Subuh di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan untuk ke Bukit Kayu Hitam.

BUKIT KAYU HITAM – Cuti panjang tiga hari sempena Krismas dan cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia untuk membawa keluarga ke Thailand terutama Hatyai dan Danok.

Menurut data daripada Jabatan Imigresen Kedah, lebih 78,000 pengembara keluar ma­suk menggunakan pintu masuk sempadan negara di Bukit Kayu Hitam sejak cuti sekolah bermula hingga kelmarin.

Tinjauan di sekitar Bukit Kayu Hitam di sini mendapati orang ramai bertali arus memasuki negara itu sejak awal pagi walaupun cuaca hujan di Kubang Pasu.

Menurut seorang rakyat Malaysia, Maisarah Mokhtar, 58, dari Kuala Lumpur, mereka lima beranak memilih melancong ke Hatyai setelah hadir kenduri kahwin di Arau, Perlis semalam.

“Ada masa lebih lagi sebab esok masih cuti jadi kami singgah ke Hatyai sekejap sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

“Kami pergi nak makan-makan dan beli barang sedikit sebab nak melawat tempat itu memang selalu sudah pergi. Thailand ini seronok sebab barang murah, makan murah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut seorang lagi pelancong yang ingin dikenali sebagai Yap, 60, dia bermotosikal secara solo ke Hatyai sejak tiga hari lepas untuk bercuti dan menenangkan fikiran.

“Di Hatyai, RM150 ke bawah kita sudah dapat duduk kat hotel lima bintang. Kat Malaysia mana nak dapat. Makan murah… me­ngurut pun murah.

“Saya cuma belanja kurang daripada RM1,000 untuk tiga malam di Hatyai termasuk beli barang sikit. Sepanjang di sana memang saya lihat Hatyai ini penuh dengan orang Malaysia saja sana sini,” kata pesara ini.

Sooriya Anandh, 32, pula berkata, mereka tiga beranak akan ke Hatyai selama tiga hari cuti
Krismas ini.

“Kami sudah ke Hatyai dua bulan lepas memang seronok sebab semua murah walaupun mata wang Malaysia jatuh. Makanan pun enak.

“Nak bercuti di luar negara kiranya Thailand lah paling senang dan murah berbanding negara lain,” katanya.

Sementara itu menurut seorang ejen insurans Thailand, Farida Abdullah, 58, sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan mengalami kesesakan sejak awal cuti persekolahan ming­gu lepas terutama pada sebelah pagi.

“Hujung minggu lepas paling sibuk sampai saya tak menang tangan. Bas rombongan berpuluh-puluh buah masuk ke Thailand.

“Cuti sekolah dan tambah pula Hari Krismas memang sesaklah sempadan seperti biasa,” katanya.

Kosmo! baru-baru ini me­laporkan pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam ketika cuti sekolah bermula seminggu lalu.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... i-cari-makan-murah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.357106 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list