CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12060|Reply: 5

[Politik] Mohamad Sabu kekal Presiden Amanah

[Copy link]
Post time 25-12-2023 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Mohamad Sabu kekal Presiden Amanah

MOHAMAD (hadapan, tiga dari kanan) bersama kepimpinan tertinggi Amanah bagi penggal 2023-2026 di Wyndham Hotel, Klang, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!


KLANG – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi penggal 2023-2026 yang berlangsung hari ini.

Terdahulu, beliau menduduki tempat ke kelapan daripada 27 ahli yang terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional bagi penggal sama.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dipilih menjawat jawatan tersebut, selepas mendapat 699 undian.

Manakala untuk Naib Presiden, tiga ahli telah dipilih, iaitu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, bekas Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari mengisi jawatan itu.

Mengikut perlembagaan Amanah, jawatan Presiden sehingga Naib Presiden, 27 ahli jawatankuasa Nasional akan memilih ahli parti untuk menjawat kesemua jawatan itu.

Sementara itu, bekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Mazlan Aliman, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan dan Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus tewas pada pemilihan kali ini.

Seramai 1,003 perwakilan Amanah daripada seluruh negara yang mengundi pada sesi pemilihan kali ini, serentak dengan Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung di Wyndham Hotel, di sini..

Untuk rekod, Mohamad Sabu telah dipilih menjadi Presiden sejak tahun 2015, iaitu ketika tertubuhnya parti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... al-presiden-amanah/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2023 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah bang Mad. Bgslah diaorg x berebut jawatan walau yg paling tunggu dpt undian Dr Dzul dan bang mad berada kt tempat ke 8 namun hasil musyawarh yg baik maka bang mad dipilih lg utk mengemudi Amanah
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha tempat kelapan pun jadi presiden.
Sarkis betul.
Baik tak payah buat pemilihan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 25-12-2023 08:41 AM
Hahaha tempat kelapan pun jadi presiden.
Sarkis betul.
Baik tak payah buat pemilihan

ko tak paham kot cara pemilihan dorang. perwakilan cuma pilih utk top 27 je jd AJK nasional. dan top 27 yg dah terpilih tu (dlm gambar) pulak akan pilih PRESIDEN. tapi kalau tanya aku, lebih demokratik kalau yg 5 tertinggi undian auto isi jawatan presiden, timb, dan naib sbb tu lah yg mewakili suara sebenar ahli parti. mat sabu duk tempat ke 8 kira jd naib presiden pon tak layak, ahli parti dah tak hingin tgk muka dia jd presiden pemilihan lepas tahun bila tah pon kalau guna style top 5 auto isi jawatan tertinggi, khalid samad yg jd presiden. kiranya amanah ni patut tiga2 penggal dapat presiden berlainan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 04:25 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 25-12-2023 03:17 PM
ko tak paham kot cara pemilihan dorang. perwakilan cuma pilih utk top 27 je jd AJK nasional. dan t ...

Perwakilan tu mengundi menentukan popularity. Dah nama pun popularity boleh jadi mengundi ikut facts and figures boleh juga ikut selera. Yang paling popular bukan bererti yang 'terbaik'.

27 orang AJK yang terpilih itu lojiknya mempunyai lebih wawasan mengambil kira berbagai sudut untuk melantik yang paling sesuai untuk memimpin mereka. OK kot sistem tu.



Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 25-12-2023 03:17 PM
ko tak paham kot cara pemilihan dorang. perwakilan cuma pilih utk top 27 je jd AJK nasional. dan t ...

Mujahid ntah apo...mahfuz...tok lid boleh jd top ten?ini la iols mencik dgn pemilihan...undian..ntah apo2 je hasilnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.117253 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list