CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27261|Reply: 9

[Dunia] Nelayan Australia dakwa jumpa bangkai MH370

[Copy link]
Post time 23-12-2023 10:13 PM | Show all posts |Read mode
SYDNEY: Seorang nelayan Australia mendedahkan pernah menemukan objek yang didakwa milik pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika menangkap ikan di kawasan Lautan Selatan.

Tempat terakhir pesawat yang hilang pada 8 Mac 2014 dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu masih menjadi misteri walaupun selepas pencarian paling meluas di laut dalam sejarah dunia.

Sembilan tahun selepas kehilangan pesawat itu, nelayan Australia yang sudah bersara, Kit Olver, 77, tampil mendedahkan bot pukat tunda laut dalamnya pernah menarik objek yang kelihatan seperti sayap sebuah pesawat komersial.

Jelas Olver, objek yang disyaki bangkai pesawat MH370 itu ditemukan tersangkut di pukat tundanya sekitar 55 kilometer dari pantai tenggara Australia Selatan antara bulan September atau Oktober 2014.

“Ia adalah sayap sebuah pesawat besar. Saya awalnya terkejut kerana tidak pernah melihat objek sebesar itu,” katanya kepada akhbar Sydney Morning Herald.

Olver yang mempunyai lesen juruterbang yakin sayap itu lebih besar daripada mana-mana pesawat peribadi biasa dan satu-satunya anggota kapal pukat tunda tersebut yang masih hidup, George Currie turut menyokong dakwaannya.

“Objek itu tersangkut pada jaring dan mengoyakkannya. Ia jelas merupakan sayap atau sebahagian besar daripada bangkai pesawat komersial. Objek itu berwarna putih dan jelas sekali bukan daripada jet tentera atau pesawat kecil,” jelas Currie.

Selepas bergelut sepanjang hari untuk menarik objek itu, Olver berkata, dia mengarahkan anak kapalnya memotong pukat dan membiarkannya hanyut kembali ke kedalaman yang agak cetek di Lautan Selatan.

Olver memberitahu wartawan, sejurus selepas kembali ke pelabuhan dia segera menelefon Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dan berkongsi koordinat objek tersebut.

Beberapa jam selepas membuat panggilan, Olver berkata, dia dihubungi oleh seorang pegawai yang memberitahunya objek itu berkemungkinan serpihan kontena yang terjatuh dari kapal Russia di kawasan di luar Robe.

Olver percaya wajar untuk mendedahkan penemuannya kepada umum bagi membantu waris penumpang MH370 mengetahui nasib sebenar ahli keluarga mereka.

AMSA bagaimanapun memberitahu Sydney Morning Herald mereka tidak mempunyai rekod panggilan daripada Olver.-AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2023 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 24-12-2023 12:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Waris dh sedia maklum pun apa yg jd
Dah penah baca komen adik kepada mangsa kat fb
Tak ingat dh fb lelaki tu tp mcm dia takleh nk bitau secara jelas memadai hint2 jelaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts


Pihak berkuasa mungkin tak mahu siasat kerana location jauh dari 7th arc. Tapi sepatutnya pergi la juga siasat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat nelayan Australia...

Nak harapkan Najib Razak dia pun dah kena sumbat dalam jail
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2023 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 24-12-2023 12:13 AM
Waris dh sedia maklum pun apa yg jd
Dah penah baca komen adik kepada mangsa kat fb
Tak ingat dh fb l ...

Apa hint dia?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 24-12-2023 12:13 AM
Waris dh sedia maklum pun apa yg jd
Dah penah baca komen adik kepada mangsa kat fb
Tak ingat dh fb l ...

Nak tahu jugak apa hints itu boleh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2023 07:16 AM | Show all posts
ultra78 replied at 24-12-2023 12:30 AM
Pihak berkuasa mungkin tak mahu siasat kerana location jauh dari 7th arc. Tapi sepatutnya pergi la ...

sumber dr mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 24-12-2023 08:28 AM
ejans replied at 24-12-2023 01:04 AM
Apa hint dia?


Dia panggil kakak dia arwah
Dan dia sebut semua dah berakhir kat lautan hindi
Iols tak ingat plak fb dia tp rasa mcm ada ss komen dia tu.
Ekceli dia ada post pasal ni kt fb dia, dia mcm merempan tak puas hati dgn pihak tertentu tp tak leh nk bersuara sgt sbb dia sendiri penjawat awam unit beruniform dan ada ank bini utk dilindungi.
Sblm ni pun dia dh dikenakan tindakkan sampai kena tukar department.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.597712 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list