CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5236|Reply: 1

[Politik] ‘Tinggalkan DAP’, Pas letak syarat pada Amanah jika mahu kerjasama

[Copy link]
Post time 23-12-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode
‘Tinggalkan DAP’, Pas letak syarat pada Amanah jika mahu kerjasama


Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin. GAMBAR: Abd Razak Aid


PAS meletakkan syarat supaya Parti Amanah Negara (Amanah) meninggalkan sekutunya iaitu DAP sekiranya mahu menjalinkan kerjasama antara kedua-dua parti itu.

Ia susulan ‘pelawaan’ Naib Presiden Amanah, Adly Zahari yang terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat.

Memetik laporan FMT, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, parti itu terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan Amanah.

Bagaimanapun, beliau berkata, tidak sesuai bagi Pas menerima Amanah sekiranya parti itu masih bersama dengan DAP.

“Terima kasih kerana dia buka pintu untuk kerjasama dengan Pas cuma kalau dia meletak syarat, rasanya kita pun boleh letak syarat bahawa kita sedia bekerjasama tapi Amanah kena tinggalkan DAP.

“Selagi dia duduk bersama DAP, tidak begitu sesuai untuk Pas terima Amanah dalam pakatan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh berkata, parti itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalinkan kerjasama sekiranya ia memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Nuridah turut menepis dakwaan bahawa parti itu mempergunakan agama, sebaliknya ia menjadi panduan Pas.

“Jika sesuatu perkara tidak bertentanngan dengannya, tiada masalah bagi PAS untuk berbincang dan bermuafakat.

“Nak kata Pas tunggang agama terserahlah, kerana cara hidup beragama tidak boleh dipisahkan,” katanya.

Semalam, Adly dalam sidang media semasa Konvensyen Wanita Amanah berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, meskipun Pas merupakan parti lawan, Amanah tidak lagi menganggapnya sebagai seteru.

Namun begitu, Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, Pas perlu mengikis naratif 3R (kaum, agama, raja) yang dibawanya agar kestabilan politik dan masa depan negara tidak tergugat.

Sumber:https://utusantv.com/2023/12/23/ ... ika-mahu-kerjasama/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu jer la skripnya..ulang ulang sajm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.050657 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list