CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22275|Reply: 0

[Sabah] OSTEX EAST Siri 3/2023 platfom warga TLDM kekal siaga

[Copy link]
Post time 22-12-2023 06:07 PM | Show all posts |Read mode


CEKAP: Eksesais dilaksana secara cekap oleh warga TLDM Armada Timur.



EKSESAIS: Kapal TLDM semasa menjalankan OSTEX EAST Siri 3/2023 di perairan Sabah.

KOTA KINABALU: Operational Sea Training Exercise East (OSTEX EAST) Siri 3/2023 yang dijalankan bermula 18 hingga 22 Disember menjadi platfom utama dalam meningkatkan

kesiagaan aset di Armada Timur.
Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy berkata, latihan yang dilaksanakan di sekitar Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan

perairan Laut China Selatan membabitkan kapal yang bernaung dalam Markas Pemerintahan Armada Timur dan Markas Wilayah Laut 2, Sandakan.
Katanya siri kali ini juga menjadi siri terakhir OSTEX EAST bagi tahun ini seterusnya menutup tirai eksesais di Armada Timur.

“Eksesais ini masih mengekalkan misi utama iaitu melatih dan menyediakan angkatan yang berupaya dalam melaksanakan operasi maritim yang bersifat dwi-ancaman.

“Kita melaksanakan eksesias melalui Field Training Exercise (FTX) dan melibatkan enam buah kapal TLDM yang diketuai KD Selangor selaku Ketua Gugus Tugas.

“Peranan Helikopter Operasi Maritim AW139, Unmanned Aerial System Scaneagle dan Bot Tempur CB90 turut dioptimumkan dalam siri latihan kali ini,” katanya semasa menyempurnakan Majlis Pembukaan dan Penutup Eksesais di Dewan Sepanggar, Pangkalan TLDM di sini.

Beliau berkata, latihan dilaksanakan membabitkan tiga fasa iaitu fasa pelabuhan, fasa laut dan yang terakhir iaitu fasa pasca

eksesais yang berjaya dilakukan mengikut perancangan.

“Fasa pelabuhan dilaksanakan bermula 18 dan 19 Disember di mana program-program utama seperti Taklimat Utama Eksesais, Kuliah dan
Praktikal daripada Subject Matter Expert (SME) serta Taklimat Pra-Pelayaran dilaksanakan.

“Fasa laut pula menyaksikan kecekapan dan ketangkasan warga TLDM diuji dalam aspek navigasi, ilmu kelautan dan peperangan maritim.

“Penglibatan kapal TLDM dalam eksesais ini turut menjadi platfom memperaga kehadiran TLDM di Zon Maritim Malaysia,” katanya.

Tambahnya TLDM sentiasa mencari ruang dan peluang yang menyasarkan kepada pengekalan momentum dalam kesiagaan aset dan warga supaya bertindak cekap dan pantas setiap masa mengikut keperluan operasi.

“Kelangsungan latihan siri kali ini dengan lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan kesiagaan aset Armada Timur TLDM kekal di tahap terbaik,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/12/22/ostex-east-siri-32023-platfom-warga-tldm-kekal-siaga










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.284413 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list