CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20999|Reply: 0

Perak FC mahu tambah penyerang import

[Copy link]
Post time 21-12-2023 10:35 PM | Show all posts |Read mode
Perak FC mahu tambah penyerang import

YUSRI tekad perkasa cabaran Perak FC musim depan.


Ipoh: Perak FC berhasrat menambah pemain import khususnya di posisi penyerang bagi memperkasakan kekuatan pasukan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia yang dijangka bermula April depan.

Ketua jurulatihnya Yusri Che Lah berkata buat masa ini posisi berkenaan dilihat antara yang kritikal dan bermasalah kepada The Bos Gaurus sepanjang liga berlangsung pada musim ini.

"Kita tidak kecilkan skop pencarian penyerang import ini. Boleh jadi dari benua Amerika Selatan, Eropah, Afrika atau Asia. Kalau dia (penyerang) bagus, tepati kriteria dan bajet mencukupi maka kita akan ambil.

"Kita diberi sembilan slot pemain import, buat masa ini kita telah ada lima (pemain). Jadi, mungkin penambahan akan berlaku dan membabitkan seorang atau dua pemain import," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada musim ini, Perak berada di kedudukan ke-11 daripada 14 pasukan Liga Super selain berjaya melangkah hingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata buat masa ini kelima-lima pemain import sedia ada akan terus dikekalkan memandangkan kesemua mereka masih memiliki kontrak hingga penghujung Disember tahun hadapan.

Dalam pada itu, Yusri berkata beliau telah mengenal pasti beberapa pemain yang akan dipinjamkan kepada pasukan lain bagi meningkatkan prestasi serta mendapatkan minit permainan secukupnya.

Senarai berkenaan, katanya telah dihantar kepada pihak pengurusan pada November lepas untuk tindakan lanjut.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ah-penyerang-import

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060885 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list