CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19722|Reply: 0

Di setiap aras apabila lif terbuka, gadis itu muncul…

[Copy link]
Post time 21-12-2023 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Di setiap aras apabila lif terbuka, gadis itu muncul…






SEMASA menuntut dalam jurusan Sains Sosial di sebuah universiti tempatan pada pertengahan 1990-an, saya kerap ke perpustakaan. Bukanlah ulat buku. Tetapi assignment yang banyak memaksa saya ke sana.

Pada semester pertama tahun dua, salah satu tugasan saya ialah membuat assignment mengenai nisan Aceh, iaitu nisan zaman kerajaan Melayu lama. Dalam masa yang sama, saya juga sibuk menyiapkan assignment sejarah kuasa-kuasa besar dalam Perang Dunia Pertama. Kedua-dua tugasan itu perlu dibentangkan dalam kelas tutorial yang cuma selang sehari saja. Bayangkan betapa sibuknya saya ketika itu.

Selepas Maghrib, saya mengepit fail dan menuju ke bilik sahabat saya, Saliza. Malangnya hari itu dia diserang migrain pula. Hendak diajak kawan lain, mereka baru saja keluar ke bandar. Mahu tak mahu, malam itu saya ke perpustakaan seorang diri. Tidak ramai pelajar malam itu. Mungkin disebabkan malam itu hujan renyai, tambahan pula hujung minggu.

Suasana sunyi. Saya terus mencari buku-buku yang disarankan pensyarah. Saya ambil buku-buku yang berkaitan hingga bertimbun di atas meja. Bab-bab yang ada bersangkutan dengan tugasan, saya fotostat, kemudian bawa balik ke meja dan menelaah. Sedang khusyuk menyelak helaian-helaian buku, tiba-tiba…

Alamaaaakkk! Tidak sedar, sudah pukul 10.45 malam rupanya! Tinggal 15 minit saja lagi perpustakaan akan ditutup sedangkan masih banyak lagi buku yang hendak dirujuk.

Saya selak helaian-helaian buku dan mencatat muka suratnya secepat mungkin. Dalam masa yang sama, saya menjeling ke depan, kiri, kanan dan belakang. Apabila menyedari tinggal saya seorang saja, saya terus mengemas dan bangun.

Saya cuba mengejar dua orang pelajar di depan, tetapi terlambat. Lif terbuka sebaik saja mereka sampai dan tertutup sebelum sempat saya memasukinya.

Bila tinggal keseorangan di tempat yang sunyi sepi, timbul rasa takut. Mulalah cerita-cerita menakutkan datang menyerbu fikiran. Siapa tidak tahu dengan cerita-cerita di perpustakaan itu. Ada orang bercerita, jika bersendirian pada waktu malam, akan kedengaran bunyi orang berjalan dari rak ke rak seperti mencari buku rujukan.

Pernah juga diceritakan oleh kawan saya, seorang pengawal keselamatan demam tiga hari selepas terserempak dengan tentera Jepun sedang berkawad. Tangga perpustakaan juga ada ceritanya. Menurut senior, beberapa orang pelajar pernah dipegang dari belakang ketika menaiki tangga. Bila ditoleh, mereka melihat satu lembaga putih yang berwajah hodoh dan dipenuhi darah.


Waktu menggelisah seorang diri itulah pintu lif terbuka. Saya terus masuk. Namun sebaik saya masuk, seorang gadis saya lihat berjalan menghala ke lif. Wajahnya tunduk memandang lantai. Ah, alangkah leganya kerana saya mempunyai kawan. Lalu saya tekan butang supaya pintu lif terus terbuka sehinggalah pelajar perempuan itu masuk.

Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut kami. Dalam hati saya berkata, wanginya perfume budak ni. Baunya lembut, selembut longgokan bunga.

Saya menjeling ke arahnya, tetapi gadis itu masih tunduk memandang lantai. Wajahnya tidak berapa jelas kerana ditutupi kain tudungnya yang ditarik ke depan. Hmm, budak tahun satu agaknya, malu-malu lagi.

Tapi baru sampai di aras tiga, pintu lif terbuka dan gadis berkenaan keluar. Saya tertanya-tanya dalam hati untuk apa dia turun di situ, sedangkan pintu keluar adalah di aras satu.

Pintu lif terkatup, ia bergerak turun dan berhenti pula di aras dua. Pintu terbuka dan saya terkejut, pelajar tadi berdiri di hadapan pintu! Perlahan-lahan dia mengangkat muka dan memandang saya sambil tersenyum. Saya tergamam. Hendak menjerit, tapi suara tersekat di kerongkong.

Dalam hati saya meraung, jika dia masuk, memang saya akan pengsan di situ juga. Namun pelajar itu cuma berdiri di depan pintu lif, tersenyum dan memandang saya dengan renungan yang sukar untuk saya gambarkan: tajam, sinis dan menakutkan. Dia terus berdiri di situ hingga pintu lif tertutup.

Saya tahu, ketika itu muka saya pucat lesi. Mana mungkin dia boleh berdiri di aras lain dalam masa beberapa saat sahaja!

Sebaik lif mencecah ke aras satu, pintunya terbuka. Tapi belum pun sempat melangkah keluar, saya lihat gadis itu sedang berdiri tercegat di hadapan pintu lif. Kali ini wajahnya tidak lagi seperti tadi, sebaliknya dipenuhi bintil-bintil hitam. Dia merenung saya dengan tajam.

Saya seperti hendak terkencing. Hendak menjerit dan meraung sekuat hati, tapi tiada suara yang keluar. Lutut saya berasa lembik. Saya tidak tahu apa yang patut dibuat.

Dan, setapak demi setapak gadis itu melangkah masuk ke dalam lif sambil matanya tidak lepas daripada memandang saya. Bau yang teramat busuk mula memenuhi lif. Selangkah demi selangkah dia menghampiri saya…

Nyaris saja saya pengsan tapi nasib baiklah, ketika pintu lif hampir tertutup semula, saya sempat berlari keluar. Saya terus berlari dan berlari menuju ke pintu keluar. Tambah menakutkan, ketika itu saya cuma seorang saja yang tinggal.

“Esok-esok bawak bantal, tidur kat sini ya, dik…” seorang pengawal menyindir sambil tersenyum di pintu keluar melihat aksi saya yang ketakutan.

Saya tidak mahu menjawab sindirannya itu kerana perasaan takut sudah tidak mampu dikawal lagi. Kerana peristiwa itu, saya demam selama tiga hari. Apabila saya menceritakan kejadian itu kepada kawan-kawan, mereka semua ketakutan. Tetapi ada juga yang ketawa. Rupa-rupanya ada di antara kawan-kawan saya itu yang pernah mendengar kejadian yang hampir serupa berlaku sebelum ini.

Sejak kejadian itu, saya tidak berani lagi pergi ke perpustakaan seorang diri dan akan keluar awal sebelum jam hampir ke angka 11.00. Siapa gadis berbintil hitam itu?

Sumber:https://utusantv.com/2023/09/14/ ... a-gadis-itu-muncul/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.460744 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list