CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5307|Reply: 0

[Sabah] Program Jualan Rahmah masukkan bekalan barang basah tahun depan

[Copy link]
Post time 21-12-2023 07:21 PM | Show all posts |Read mode


JUALAN RAHMAH: Armizan bercakap kepada media sempena dengan program itu.

KOTA KINABALU: Bermula Januari tahun depan, Program Jualan Rahmah akan memasukkan elemen bekalan barangan basah bagi menambah baik pelaksanaan program itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya akan membawa elemen barangan yang dijual di pasar ke dalam Program Jualan Rahmah.

"Sekarang ini ada ayam tapi barang basah yang lain seperti ikan belum ada.

"Bukan kementerian yang berniaga, tapi kita akan rundingkan untuk bawa peniaga yang ada di pasar dan pasar basah supaya terlibat memasarkan produk mereka dalam Program Jualan Rahmah.

"Maksudnya, dari segi pusat penjualan itu bukan hanya kita menjalin kerjasama dengan pasar raya atau pasar mini.

"Tapi mulai tahun depan, kita akan rintis membawa elemen pasar rahmah ke dalam Program Jualan Rahmah," katanya pada sidang media sempena Program Jualan Rahmah dan Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata, para peniaga di pasar boleh membawa produk mereka untuk dijual dalam Program Jualan Rahmah secara bergilir dan perkara itu akan dibincangkan di peringkat kementeriannya.

"Asas untuk Program Jualan Rahmah ini mudah sahaja iaitu syaratnya barangan yang dijual mesti ada potongan harga antara 10 hingga 30 peratus.

"Sesiapa saja boleh menyertai program ini asalkan boleh bagi potongan harga berkenaan sesuai dengan rahmah namanya.

"Justeru, kita kena cari siapa yang sanggup untuk berkongsi potongan harga dan kerajaan boleh memberi subsidi kepada potongan harga yang diberikan peniaga," jelasnya.

Dalam pada itu katanya, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk pelaksanaan Program Jualan Rahmah pada tahun depan.

Sehubungan itu, pihaknya sentiasa berusaha untuk menambah baik dan mengambil kira maklum balas yang diberikan para peniaga untuk Program Jualan Rahmah.

"Mulai tahun depan kita akan teruskan program ini secara lebih kreatif dan tersusun. Setiap bulan kita akan mengeluarkan jadual bagi setiap kawasan yang ditetapkan untuk Program Jualan Rahmah.

"Dengan adanya penjadualan awal mengikut bulan, rakyat boleh merancang di mana tempat program ini dilaksanakan berbanding sekarang kita hanya maklumkan beberapa hari sebelum program berlangsung.

"Tahun depan, kita akan mula buat secara kemas dan tersusun dengan memberikan notis serta promosi lebih awal," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.056651 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list