CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2533|Reply: 0

[Sabah] GEG Kota Kinabalu bantu guru, murid berkongsi bersama Google

[Copy link]
Post time 21-12-2023 07:06 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Mohd Idremzizan menerima ‘Anugerah GEG Leader of The Year’ daripada Google Malaysia.

KOTA KINABALU: Google Educator Groups (GEG) Kota Kinabalu dilihat mampu membantu guru dan murid belajar serta berkongsi bersama Google.

Ketua GEG Kota Kinabalu Mohd Idremzizan Idris berkata, pihaknya adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang berada dibawah Google.

Katanya, Google juga berada dalam jalur kompentasi kemahiran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal pendidikan mereka iaitu Delima 2.0.

“GEG Kota Kinabalu bersama GEG Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan merancang untuk membuat kunjungan perkongsian bersama GEG Indonesia melalui Google Jakarta pada September 2024 nanti.

“Melalui platform ini para guru dapat membawa nama dan berkongsi kejayaan sekolah mereka apatah lagi yang melibatkan aplikasi Google dan komuniti GEG itu sendiri,” katanya.

Malah, katanya, guru berkenaan turut dapat berkongsi kejayaan sekolah di Sabah khususnya melalui platform ini nanti bersama negara Indonesia melalui Google Jakarta.

“Maknanya kita ada satu platform antarabangsa dimana semua peserta boleh berkomunikasi dengan orang luar.

“Ia seperti program kali ini yang melibatkan Thailand, Singapura dan Indonesia. Jadi itu yang kita buat secara hibrid macam sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program GEG Energizer Meet Up GEG Malaysia di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah di sini baru-baru ini.

Program itu dirasmikan Timbalan Setiausaha Tetap 1 Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah,Alijah Ismail yang mewakili Setiausaha Tetap Kementerian.

Mohd Idremzizan menzahirkan terima kasih kepada pihak KSTI kerana memberikan ruang untuk Google Malaysia melalui GEG menggunakan lokasi ini.

“Selain itu, terima kasih juga kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas penglibatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Alijah berkata, semua peserta perlu mengambil manfaat sepenuhnya daripada program yang dilaksanakan ini.

“Saya berharap program ini dapat mencapai objektifnya untuk meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan ke arah yang lebih cemerlang melalui Google Educator Groups.

“Di Sabah kita mempunyai enam buah GEG iaitu Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, Keningau, Lahad Datu dan Tenom,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.300893 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list