CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8368|Reply: 7

Nak Kahwin Sejenis Tak Boleh, Wanita Jadikan Kawan Baik Sebagai Anak Angkat Secara Sah Di Sisi Undang-Undang

  [Copy link]
Post time 21-12-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode
SEOUL: Seorang wanita berusia 44 tahun di Korea Selatan menjadi tajuk utama kebanyakan media antarabangsa kerana mengambil rakan karibnya sebagai anak angkat yang sah di sisi undang-undang.


Wanita itu berbuat demikian selepas menyedari dia dan rakannya memerlukan hubungan lebih kukuh untuk menjaga sesama mereka.  


Lapor Oddity Central, Eun Seo-ran dibesarkan dalam keluarga patriarki Korea Selatan yang stereotaip di mana bapanya merupakan pencari nafkah dan ibunya pula suri rumah.  




Gambar Hiasan




Seo-ran tidak mahu menjadi seperti ibunya dan memutuskan untuk tidak berkahwin mahupun mempunyai anak.


“Seo-ran percaya akan menjadi tidak bertanggungjawab sekiranya berkahwin, namun dia juga menyedari hanya ahli keluarga sahaja dapat membantunya dalam situasi kecemasan,” jelas laporan.


Pada 2016, Seo-ran bertemu dengan Lee Eo-rie, 38, yang mempunyai pemikiran sama, selepas berpindah ke luar bandar Jeolla untuk menjauhkan diri daripada tekanan kehidupan bandar.


Eo-rie berpindah ke kawasan luar bandar itu atas alasan yang hampir sama.  


Seo-ran dan Eo-rie menjadi kawan baik, malah dalam tempoh setahun mereka berpindah ke rumah sama.


“Kedua-dua wanita itu memutuskan hidup bersama sambil memastikan mereka mempunyai sesama mereka untuk menjaga pada usia tua atau dalam situasi kecemasan perubatan.


“Dalam masa beberapa bulan sahaja, mereka mula berkelakuan seperti keluarga. Kedua-dua wanita itu berkongsi bayar bil, kerja rumah dan membeli rumah yang didiami bersama,” jelas laporan.


Namun, beberapa tahun lalu apabila Seo-ran dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit kepala kronik, dia menyedari bahawa undang-undang negara itu hanya membenarkan ahli keluarga membuat keputusan kritikal untuk pesakit dan melawat di hospital.


Pada mulanya, kedua-dua wanita itu memikirkan pelbagai idea termasuk berkahwin namun Korea Selatan tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis.


Oleh itu, Seo-ran tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil Eo-rie sebagai anak angkatnya.   


Seo-ran hanya perlu membuktikan bahawa dia lebih tua daripada Eo-rie dan mendapat persetujuan ibunya dan bukan anak kandungnya.


Setelah semua dokumen berkaitan diserahkan, proses pengambilan anak angkat itu hanya mengambil masa selama 24 jam.


“Apa yang kami mahu adalah menjaga satu sama lain, membuat keputusan penting mengenai perubatan atau melakukan majlis pengebumian apabila salah seorang daripada kami meninggal dunia.


“Namun, semua itu tidak boleh dilakukan di Korea Selatan melainkan kami adalah keluarga sah,” kata Seo-ran. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus idea nih.

Betina2 kuat berskandal mungkin boleh jadikan skendel jantan mereka anak susuan. Dah alang2 masa ngesek memang ko menetek pun kan. Vice versa yang jantan pula kasik jadik betina tu anak angkat. Lagi2 bila keduanya berstatus laki dan bini orang. Boleh la hada hubungan 'sah' gitu. Ha.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 02:45 PM | Show all posts
Kat Malaya dah lama buatlah berangkat2 ni

Lepas ni sila daftar ya. Boleh dapat pencen tak ni?

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan korean open minded.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 02:54 PM | Show all posts
teringat citer something in the rain. psl kawen pompuan lg tua pun diorang takleh terima. iols selalu ingtkan korea ni mcm modern and liberal gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 02:55 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 21-12-2023 05:16 AM
Bagus idea nih.

Betina2 kuat berskandal mungkin boleh jadikan skendel jantan mereka anak susuan. Da ...

hahaha! ngeng lah chuols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2023 02:58 PM | Show all posts
Macam-macam hal mereka ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 06:53 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 21-12-2023 02:54 PM
iols selalu ingtkan korea ni mcm modern and liberal gitu. ...

Korea dan Jepun masih sangat konservatif la.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057448 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list