CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22200|Reply: 6

Victoria Beckham Menyesal Buat Pembedahan Besarkan Payudara, Tak Nak Anak Buat Benda Sama

[Copy link]
Post time 21-12-2023 12:38 AM | Show all posts |Read mode
Bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham berkongsi rasa kesal atas keputusannya memperbesarkan payudara.


Victoria berkata sebagai ibu dia tidak mahu anaknya melakukan perkara sama iaitu memasukkan implan pada bahagian berkenaan sehingga menerima kesan negatif pada tubuh.






"Sejujurnya, saya menyesal melakukan pembedahan implan.


"Saya harap anak perempuan saya Harper tidak akan melakukan perkara yang sama," katanya semasa ditemu bual majalah Allure.


Isteri kepada David Beckham itu bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk berkongsi pengalaman tersebut kepada anak perempuannya itu.


"Saya rasa Harper baharu berusia 12 tahun dan saya belum yakin untuk berkongsi pengalaman ini kepada dia," kongsinya.


Victoria melakukan pembedahan payudara sekitar tahun 2011 namun dia membuangnya pada tahun 2014 dan sejak itu dia sering berkongsi penyesalannya.


"Tak akan ada lagi payudara palsu!" luahnya.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 03:32 AM | Show all posts
cam tak sedar masa berlalu Harper dh besar...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Please la nasihatkan maskot porem kakpam hamis haijik jgn duk wat kopek ujung2 hasil buruk
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 08:24 AM | Show all posts
haaa? sheol prnh buat ke? kecik jer tek dia sebelum2 ni..
acah acah jer ni buat cite kasi hype.tak pernah besar pun tek dia, tak caya lah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:12 AM | Show all posts
suka tgk harper. harper pun penah komen skirt maknya pendek ngat zmn spice girls dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 02:52 PM | Show all posts
mmg ada kesan kalau implan ni..penah dgr sorang ni ckp dia jd hilang selera makan, rambut gugur..kiranya implan ni boleh kacau hormon dlm badan dia...lps buang br berat badan naik dan ok..x semua sesuai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2023 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dia mmg lawa tapi kadamg tgk muka mcm kejung kejang gituuuuuuuu
tak cantik pulak dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.058517 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list