CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20702|Reply: 0

Hannah Delisha Nafi Rumah Tangga Bermasalah, Jarang Kongsi Gambar Suami Sebab Suka Privasi

[Copy link]
Post time 20-12-2023 11:49 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Hannah Delisha mengakui tidak dapat lari daripada desas desus berkenaan keadaan rumah tangganya kerana jarang berkongsi perihal suami di media sosial.


Banyak spekulasi yang sampai ke telinganya beranggapan hubungannya dengan suami bermasalah.






Bagaimanapun, kata Hannah, kedua-dua mereka lebih selesa untuk menjadikan hubungan mereka sebagai privasi dan lebih banyak berkongsi mengenai karier.


“Banyak sahaja khabar angin saya dengar. Ada yang ingatkan hubungan kami bermasalah, ada juga yang ingat saya belum kahwin lagi. Bukan tidak mahu kongsi, tetapi kami berdua selesa begini.


“Sejak awal perkenalan pun kami jarang kongsi pasal peribadi. Banyak hantaran adalah tentang kerja dan perniagaan.


“Setiap orang ada cara sendiri dan ini adalah pilihan kami. Selagi khabar angin tidak memudaratkan, saya fikir tiada masalah untuk terus privasi sebegini,” kongsinya.


Dalam pada itu, apabila bercakap mengenai zuriat, dia percaya Tuhan lebih mengetahui waktu terbaik untuk mereka dan terbuka sekiranya dikurnia cahaya mata dalam masa terdekat.


“Ada juga terima pertanyaan berkaitan zuriat ini, tetapi saya dan suami tidak ambil hati. Cuma kadang-kadang terfikir juga. Terutama soal usia dan perancangan masa depan kan.


“Tetapi kami serahkan soal rezeki bulat-bulat kepada Tuhan. Dia lebih tahu,” ujar isteri kepada Imam Shah itu.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.221006 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list