CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10998|Reply: 20

Suami Bayarkan Adik Kereta RM800 Sebulan Siap Pakej Duit Belanja Tapi Biarkan Isteri Hamil Naik LRT

[Copy link]
Post time 20-12-2023 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya didakwa melebihkan adiknya sehingga sanggup memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan.


"Suami belikan adik kereta sejak 2022 iaitu sebelum kahwin dengan aku. Sampai sekarang suami bayarkan kereta adiknya sebab 'fresh graduate', kerja gaji kecil lagi.


"Aku ni pergi kerja atau ke mana-mana naik LRT dan Grab je sebab kereta aku selalu problem... kereta lama.


"Aku rasa tak adillah. Kenapa dia tak berhenti bayar tu atau bagi je dekat aku memandangkan aku ni isteri dia dan perlukan kereta berbanding dia bayarkan kereta untuk adik dia guna," luah wanita berkenaan.


Gambar Hiasan: The Star




Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu menambah, setiap bulan suaminya akan memperuntukkan RM1,100 untuk adiknya iaitu RM800 untuk bayaran ansuran kereta dan selebihnya adalah wang belanja.


"Adik dah kerja kot... kalau study lagi aku fahamlah. Bila aku, nafkah asyik short dengan alasan 'awak kan kerja'.


"Untuk pengetahuan, rumah RM1,800 pun minta aku tolong bayar separuh setiap bulan," luahnya lagi.


Apa yang membuatkan hatinya makin terguris, suaminya seolah-olah tidak risau membiarkan dirinya menaiki pengangkutan awam untuk bekerja biarpun sedang hamil anak sulung.


"Aku rasa dia macam lagi risaukan adik dia daripada bini sendiri. Aku dah la pregnant, nak kena berhimpit-himpit naik LRT.


"Aku ada baca orang tweet 'bini boleh cari lain, adik tu lah satunya'. Memang semua lelaki fikir macam ni ya? Sedih juga aku baca.


"Mungin suami aku pun fikir nak tinggalkan aku dengan anak tak, sebab boleh diganti?" demikian luahnya.


Perkongsian kisah wanita tersebut yang disiarkan di akaun @meinmokhtar sehingga kini meraih 425 ulang kicau.


Sementara itu, ruangan komen 'meriah' dengan reaksi warga maya yang rata-ratanya menyebelahi dan bersimpati dengan wanita berkenaan.


"Bila dah kawin, keutamaan kebajikan jatuh pada isteri. Nafkah termasuk juga jaga kebajikan untuk isteri. So untuk si adik, bukan keutamaan dia dah.


"Kalau lelaki cakap siblings lagi penting sebab tak boleh ganti dan isteri boleh diganti, apalah salahnya kalau kita sebagai perempuan pun set juga yang suami pun boleh diganti. Lelaki macam ni elok return je ke family dia, cari lelaki lain.


"Jangan baik sangat. Kalau husband tak reti nak jaga awak, awak jagalah diri sendiri. Beli kereta baru yang selesa dan mampu monthly, tak payah top-up duit rumah dah. Selfish sikit tak pe, asal kebajikan diri terjaga," demikian antara pandangan netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cerai je kak..zaman skrg ni mental health lagi penting
kau duk tahan2 merungut kat belakang apa guna
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 12:50 PM | Show all posts
hahaha, iols suka lah komen, "lelaki camni mohon return kan jer pada makpak dia". terasa kelakar. iols speku laki akak ni ngaji agama x habis kot. priority taktau yg mana patut.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by matamata at 20-12-2023 12:58 PM

4 ratus lebih je ulang kicau???
Lemah....tak pandai create content...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:34 PM | Show all posts
tak pyh la tolong byr duit rumah tu. duit tu ko buat byr kete baru. tak payah cerita kt medsos buat je terus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 04:44 PM | Show all posts
x payah bayar rumah...pandai2 la laki ko nak settlekan...
ko beli jek kereta sendiri..duit rumah buat bayar kereta....

tanggungjawab laki mmg kena sediakan tempat tinggal tuk anak isteri..
yang adiknya pun dah kerja...sedap la kot abg bg RM1100 tiap2 bulan....
kot laki gaji besor takpe jugak..ni mintak tolong isteri bayar rumah separuh....pulangkan aje pada mak bapak n adik dia laki mcm gini...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 08:00 PM | Show all posts
kelihatab spt masalah rumahtangga yang ada masalah komunikasi. wanita itu ada masalah untuk bawa suami berbincang dan mengharapkan suami faham sendiri... sau lagi kesalahan paling besar ialah dia biarkan diri dia diganggu dengan kata-kata murahan yg berlegar diinternet. ini pun dah tunjuk perempuan ini tak boleh berfikri secara kritis.. tanggungjawab bersama untuk cuba perbaiki kehidupan berumah tangga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 02:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 20-12-2023 08:00 PM
kelihatab spt masalah rumahtangga yang ada masalah komunikasi. wanita itu ada masalah untuk bawa sua ...

Khennnn... macam lah org acu pistol suruh dia kawen dgn laki tu.

Dia kerja, duit utk diri sendiri yes, why not dia invest utk self comfort beli kereta baru? In that way, dia tak payah tong2 dah duit rumah sbb itu tanggungjawab suami.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana 1 yang bini ni?  Adek tu stok sumbang mahram ke camne?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak terus terang je dgn laki tu
Aduhai.. ko nangis pun laki ko tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 20-12-2023 04:44 PM
x payah bayar rumah...pandai2 la laki ko nak settlekan...
ko beli jek kereta sendiri..duit rumah bua ...

Iols rasa ppuan ni yg bodoh sbnrnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm, kalau kat fb mesti meriah pak2 lebai kaum ramai kat sorga duk jatuh hukum
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur meols pilih jalan untuk single ....jalan yg lurus dari Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dadooooo at 9-9-2024 05:17 AM

Lelaki yg duk ckp bini boleh cari, so x pyah susah payah utk bini..  agak agak suka tak kalau mak korang pon kena mcm tu ngn bapak korang? Skit apa x kena cari betina len ganti mak korang.. suke tak? Kalau x suke mcm tu jga jangan la bila amek anak perempuan org jdikan bini smpai kandungkan benih korang tpi bab nafkah bab tolak ansur dan tanggungjawab disampahkan… Bila dah kawen, nafkah wajib utk isteri anak anak dulu kemudian baru yg lain lain. Kecuali kaau mak pak mmg susah btol dan daif..

Boleh tolong tpi kene ikut keupayaan dan jgn sampai yg wajib korang abaikan . Esok smua ni kena jawab kt “sane” ye.. jgn ingt hak istri tu remeh.. berat sbb korang amek perempuan tu jdi isteri atas nama Allah..Bila x ikut apa yg digariskan agama btol btol, menjawab dgn Allah esok walau sebesar hama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 07:39 AM | Show all posts
untung jadi adik dia. benda ni takkan jadi masalah kalau laki tu gaji 20k sebulan dan smua perbelanjaan rumah dia tanggung, belikan bini kete baru lagi.
yg jadi masalah dah le tak mampu, tapi pi kahwin lak, pastu tak reti tgjawab yg sebenar. bini dah ngandung tu wey, masih tak nampak lg.
in a way yg laki tu aku rasa dia takut nak benti bayar kete adik dia, takut adik dia terasa lak. nanti adik dia lak majuk cakap 'abg aku lepas kawin dah tak pduli adik dia'.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
better jumpa kaunseling/atau yang berkaitan... crite kt media sosial belum pasti selesaikan masalah ni dik
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:59 AM | Show all posts
Ada je yg jenis mentaliti hubungan adik beradik kekal hingga akhir hayat, bini boleh ditukar ganti..sbb tu ada ssetengah isteri dalam kesusahan laki dia buat tak tau je
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:12 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.094422 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list