CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13227|Reply: 31

Dituduh Membazir, Imran Aqil Dan Dahlia Rizal Ada Sebab Buat Sampai Lima Resepsi Perkahwinan

[Copy link]
Post time 20-12-2023 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, perkahwinan pelakon Imran Aqil dan isterinya Dahlia Rizal masih lagi menjadi bualan netizen apabila pasangan itu selesai menganjurkan majlis resepsi kelima pada Ahad lalu.


Mengulas mengenai majlis resepsi berkenaan, Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, berkata dia dan isteri hanya memenuhi permintaan orang tersayang yang ingin meraikan hari bahagianya itu.


Foto: IG




Memandangkan dia memiliki keluarga besar selepas penceraian ibu bapa, beberapa majlis berlainan perlu diadakan bagi menghargai setiap mereka.


"Sebenarnya saya dan isteri hanya mengikut kehendak keluarga. Lagi pun kami berasal daripada keluarga yang berpecah (bercerai), jadi ibu dan bapa kami ada juga yang sudah berkahwin lain.




  



"Disebabkan itu masing-masing ingin membuat majlis resepsi untuk belah keluarga mereka. Itulah punca mengapa majlis resepsi kami diadakan sebanyak lima kali.


"Lagi pun saya memang mahu meraikan keluarga dan rakan-rakan yang banyak berikan sokongan kepada kami selama ini," katanya kepada mStar.


Majlis resepsi kelima pasangan ini berlangsung penuh meriah di Royale Chulan, Damansara, Selangor turut dihadiri isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.




  



Dalam pada itu, Imran turut menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dia dan isteri melakukan pembaziran kerana mengadakan terlalu banyak majlis resepsi.


Kata Imran, dia bersyukur kerana turut menerima tajaan daripada beberapa pihak.


Meskipun tanpa tajaan sepenuhnya, namun ia sedikit sebanyak membantu menjadikan majlis resepsi itu nampak sempurna dan gah.




  



"Alhamdulillah memang rezeki kami, ada sahaja yang ini memberikan tajaan. Majlis kami bukan ditaja sepenuhnya, tetapi kebanyakannya untuk kos-kos yang besar seperti pelamin, dewan acara dan baju pengantin mendapat tajaan.


"Apa yang boleh saya katakan, setiap majlis kami itu ada saja individu yang memberikan tajaan dan selebihnya dibiayai oleh kami sendiri.




  



"Saya memang ada baca komen netizen yang risau kami membazir buat sampai lima majlis. Tapi bagi kami ini adalah pengalaman sekali seumur hidup, jadi kami manfaatkan masa yang ada untuk meraikan para tetamu," katanya.


Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu selepas setahun mengikat tali pertunangan.


  



Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Villa Istana Ayer Keroh Melaka dan diikuti dengan empat lagi majlis resepsi yang diadakan di rumah ibu pengantin perempuan di Melaka dan tiga lagi majlis yang diadakan di Kuala Lumpur. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling resepsi. Jangan hujung2 bercerai dah la.
Anyway hapah aku tak kenal lakibini ni. Kalau pelakon, apa drama atau movie yang memorable? Kalau setakat berlakon kayu kayan harapkan ada rupa walaupun takdelah berupa sangat pun, baik ambil oyen atau uteh atau itam berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai ke sudah aku masih tak ketahuan 2 org ni siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau esok ghasa nak serai tgk balik ya gambo2 kawen ni.. jangan jadik cam adik iols.. dibakarnya album gambar kawen
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 20-12-2023 01:35 PM
Kalau esok ghasa nak serai tgk balik ya gambo2 kawen ni.. jangan jadik cam adik iols.. dibakarnya al ...

Member Ganja ada yang photographer wedding tau.
Salah sorang client dia, album kahwin tak sempat siap lagi dah bercerai uolls.

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 20-12-2023 01:29 PM
Sampai ke sudah aku masih tak ketahuan 2 org ni siapa?

U takkan kenal kalau u bukan gen Z

Dahlia ni famous di twitter. Mmg bukan artis pon. Model tudung2 mcmtu. Laki dia tu dj.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Minah ni ai tahu la model muslimah minimalace tu.. lelaki ni mmg langsung tak kenal.. mudanya dik berdua berjodoh.. moga berkekalan.. nape rosmah dtg? Suku sakat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
GegarVaganja replied at 20-12-2023 01:41 PM
Member Ganja ada yang photographer wedding tau.
Salah sorang client dia, album kahwin tak sempat s ...

berapa lama member chuols ambik masa nak siapkan album tu? pastu kalau dah cerai, theyols tak claim la album tu? sori kepochi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
4+1 ke konsepnya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Adriana Adnan pun 5x majlis...penat tp terpaksa dia kata
Nikah skali, belah mak adriana skali, belah bapak adriana skali, blah mak suami skali, blah bapak suami skali
Ha ni semua pasal parents bercerai & xberbaik
Kalau baik, boleh je buat skali mcm kenduri ank nasir search dgn suhaina yahya aritu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknya duit. 5 kali ...

Ada i dgr..wedding grand...rupanya buat loan. Bkn sikit2 duit.

Lps kawen laki kena keje siang malam nak byr loan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:34 PM | Show all posts
Jujur, tengok celeb spend duit masa muda, beli kereta mewah, spend banyak banyak macam ni, tak ambik pengajaran pelakon pelakon lama yang susah & merempat di usia tua ?

Masa tengah naik ni, kumpul asset & hati hati berbelanja

Bidang ni, berapa kerat jer yang mewah bertahan sampai ke tua
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:39 PM | Show all posts
betul la tu... kalau buat satu tempat je sekaligus yg jauh2 tu takkan datang punya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak bercerai and kahwin lain tak membuat diaorang phobia utk kahwin muda. Relek jer.
Aku suka Dahlia ni ... selalu nampak kat tiktok...mmg lawa sangat and character dia jenis kelakar happy go lucky. Antara favourite tiktokers budak2 skrg. So far takde drama or apa2 isu. Laki dia aku tak kenal ..influencer jugaklah kut...harap adalah kerja tetap or jadi professional.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:56 PM | Show all posts
both anak / anak tiri orang kaya, belah mak, belah bapak, belah laki, belah bini, semua clan2 politician & geng2 atelier semua... tu yang siap jemput Kak Rose Big Hair... bebudak ni tayang muka je lah... sponsor pun geng mak pak depa juga.. mcm yang venue @doplohtiga tu bapak tiri si laki tu.. pusing2 gitu je lah mak pak diorg.. friends family circle sama je... saja nak tunjuk belah sana (ex-husband/wife) boleh buat belah dia pun boleh buat...walhal kekawan depa sama circle je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahlia ni shading teruks muka dia. At her shading and contour rate akak2 nurtizen pun mampoo lawa spt sheols terletak segala mala haruslah dah ko sculpture segala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 20-12-2023 02:05 PM
berapa lama member chuols ambik masa nak siapkan album tu? pastu kalau dah cerai, theyols tak clai ...

Hat lakinya claim jugak. Nasib dapat customer yang jujur. Usually diorang akan siapkan between 30-60 days dari tarikh wedding. Bergantung kepada berapa banyak majlis. Kalau Nikah - Sanding Laki - Sanding pompuan - Outdoor, lama lah.
Tu member Ganja cakap, nasib pengantin laki still bayar n ambik gak album tu. Tapi mungkin sebab kenalan2 jugak kot. Kalau strangers ntah sapa2, tau kema ghosting je

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
GegarVaganja replied at 20-12-2023 01:41 PM
Member Ganja ada yang photographer wedding tau.
Salah sorang client dia, album kahwin tak sempat s ...

Nih kalau nak bakor banyak sikit albumnya.. adik iols hat satu pun seminggu nak jadi abu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:00 PM | Show all posts
si dak imran ni berlakon drama budak tebing n dj hotfm..yang bini dia aku x tau tapi muka bini dia nampak tua dari meran
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cuma nak komen pasal mekap. Memang mekap skarang trend gini ke minyak2 kat pipi berkilat kat mata.

Ingat time kawen je bila scroll bawah, gi jalan2 casual pon mekap sekati. x suka natural rupanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.068871 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list