CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5582|Reply: 0

[Sabah] UPKO kemuka mekanisme bayaran semula 40 peratus

[Copy link]
Post time 19-12-2023 10:05 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengemukakan cadangan kerangka mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.



Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata, cadangan kerangka mekanisme itu mengambil kira isu-isu teknikal berkaitan dengan kebolehdapatan data berkaitan dengan kutipan hasil Persekutuan di Sabah sejak 1974 dan langkah ke hadapan yang lebih praktikal.

"Sebagai anggota Majlis Tindakan Penyelesaian Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, saya mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan meja bulat dengan pemimpin-pemimpin Sabah.

"Ia melibatkan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing untuk membincangkan kerangka mekanisme yang boleh diangkat kepada kerajaan bagi pelaksanaan pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah.

"Cadangan kerangka mekanisme ini akan saya angkat kepada kerajaan melalui perbincangan dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri II dan Ketua Menteri Sabah sebelum mesyuarat MTPMA63 dan JKMTPMA63 diadakan awal tahun hadapan," katanya semasa mempengerusikan perbincangan meja bulat berkenaan di sini hari ini.



Beliau turut mencadangkan agar satu pre-council melibatkan anggota-anggota mesyuarat daripada Sabah diadakan lebih awal agar dapat membawakan naratif yang sama.

Pihaknya mahu sebarang pembayaran khas kepada Sabah haruslah berasaskan kepada formula 40 peratus sepertimana dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, cadangan kerangka mekanisme perlu dikemukakan dan dibincangkan di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri selaras dengan keputusan kerajaan menetapkan tempoh masa satu tahun bermula Julai 2023 bagi memuktamadkan mekanisme pembayaran itu.


Turut hadir, Mantan Ketua Menteri Tan Sri Bernard Dompok; wakil Sabah di Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Petrus Gimbad; Mantan Presiden Sabah Law Society Datuk Roger Chin dan Datuk John Sikayun; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah Prof. Datuk Dr. Ramzah Dambul; dan Mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061270 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list