CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10981|Reply: 4

Kemaluan Dibakar, Disembur Ubat Nyamuk Cecair Dan Direnjat Elektrik- Lelaki Dalam Tahanan Cacat Kekal Didera Anggota Polis

[Copy link]
Post time 19-12-2023 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki cacat kekal  selepas menjadi mangsa dera oleh beberapa anggota polis yang bertugas di Gresik, Jawa Timur, Indonesia.


CNN Indonesia melaporkan, mangsa, Aditya Rosadi dipercayai ditahan selepas dituduh terlibat dalam satu kes rompak dan pembunuhan.


Aditya dikatakan telah menerima barangan hasil daripada rompakan seperti telefon bimbit namun dia menafikan dan mendakwa tidak tahu tentang barang rompakan tersebut.


Gambar Hiasan




Menurut ibu bapa Aditya, anak lelaki mereka itu tidak bersalah dan mendakwa pihak polis menahan suspek yang salah.


Difahamkan, sepanjang dalam tahanan, Aditya didakwa telah didera oleh beberapa anggota polis di Gresik dengan cara kemaluannya dibakar, disembur ubat nyamuk cecair dan terkena renjatan elektrik sehingga mangsa hilang upaya kekal.


"Saya minta Presiden dan Ketua Polis Negara tolong anak saya, bebaskan anak saya yang masih ditahan di Polis Gresik. Kemudian hukum polis Gresik yang mendera anak saya."


Namun, pihak polis menafikan telah mendera mangsa malah hasil pemeriksaan turut mendakwa tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa.


Sementara itu, hasil siasatan mendapati tindakan Aditya dikatakan memenuhi unsur-unsur yang boleh dituduh di bawah Perkara 480 Kanun Jenayah. Difahamkan, seramai lima suspek termasuk Aditya yang dikatakan terlibat dalam kes rompak dan pembunuhan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 03:43 PM | Show all posts
keterlaluan deraannya
langsung mati pucuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:19 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.071339 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list