View: 13433|Reply: 3
|
Hamas Kemuka Syarat Gencatan Senjata Baharu
[Copy link]
|
|
BANDAR GAZA – Pegawai keselamatan Mesir memaklumkan bahawa Israel dan kumpulan pejuang Hamas terbuka untuk mengadakan satu lagi gencatan senjata baharu dan pembebasan tahanan perang.
Akhbar Palestine Chronicle bagaimanapun melaporkan, masih terdapat beberapa halangan yang sedang dibincangkan dalam menjayakan gencatan senjata itu.
Perantara dari Mesir dan Qatar menegaskan bahawa rundingan perlu didahului untuk mempercepatkan bantuan segera kerana menurut penilaian antarabangsa, separuh daripada penduduk Gaza mengalami kebuluran.
Foto: AFP
Israel menggunakan aliran masuk bantuan sebagai medium untuk menekan Hamas supaya menyerah diri.
Jumaat lalu, ketua agensi perisikan Israel, Mossad dilaporkan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani mengenai perancangan tersebut.
Menurut perbincangan, Hamas berkeras untuk menetapkan senarai tebusan yang akan dibebaskan secara unilateral, manakala tentera Israel mesti berundur di belakang garisan yang telah ditetapkan.
“Walaupun Israel bersetuju untuk Hamas menetapkan senarai itu, sumber memaklumkan bahawa ia meminta garis masa dan mahu melihat senarai tersebut terlebih dahulu sebelum menetapkan tempoh gencatan senjata,” lapor agensi berita Reuters. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|