CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4026|Reply: 0

[Sabah] Sukan pemersatu masyarakat majmuk

[Copy link]
Post time 18-12-2023 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-12-2023 04:21 AM



KUALA PENYU: Sukan bola sepak terus diberi perhatian kerajaan kerana ia boleh menjadi 'pemersatu' kepada semua lapisan masyarakat walaupun berlainan latar belakang, fahaman dan kepercayaan.


Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury, berkata sukan Nombor Satu itu  sangat popular di semua peringkat di seluruh dunia.

Sehubungan itu, katanya, sukan bola sepak harus menjadi wadah untuk memupuk semangat persaudaraan, kasih sayang dan kekitaan.


"Ia memupuk semangat setiakawan, muafakat dan toleransi antara satu sama lain," katanya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala ADUN N33 Kuala Penyu, di sini kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Penyu, Sebastian Ingkim dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Kuala Penyu selaku pengerusi penganjur, Jepinus Kimuin.

Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu berkata kerajaan negeri sememangnya komited kepada pembangunan belia dan kemajuan sukan di negeri ini.

Beliau berkata menerusi Belanjawan Sabah 2024 yang dibentangkan bulan lepas, sebanyak RM100.17 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus serta pembangunan belia dan kemajuan sukan di Sabah.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga mempunyai visi untuk 'Melahirkan Atlet Bertaraf Dunia' membabitkan peruntukan berjumlah RM27.13 juta.

Ia berlandaskan kepada tiga teras utama, iaitu Sukan Prestasi Tinggi, Industri Sukan dan Sukan Massa.

Sehubungan itu, Limus berharap pada masa depan ada atlet-atlet berpotensi berjaya dilahirkan di daerah Kuala Penyu.



Mengenai kejohanan itu, Limus memberi sokongan kuat kerana ia sangat bermanfaat bagi daerah Kuala Penyu yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

"Dalam pertandingan, menang atau kalah bukanlah ukuran penting menentukan kualiti sesebuah pasukan, tetapi dinilai dari segi semangat kesukanan bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta meraikan pasukan yang menang," katanya.

Sambil memuji kejayaan penganjurannya, beliau mengakui kejohanan itu telah dapat mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan belia serta penduduk setempat di daerah Kuala Penyu.
Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung.

Johan menerima hadiah wang tunai RM5,000 bersama piala pusingan, manakala naib johan menerima RM3,000 dan tempat ketiga menerima RM2,000.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Limus berjanji mengadakan kejohanan itu dalam skala lebih besar tahun depan dengan hadiah lebih lumayan.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan sambutan yang amat menggalakkan pada kali ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.050508 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list