CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4036|Reply: 0

[Sabah] Wanita Gagasan Rakyat santuni pesakit kronik

[Copy link]
Post time 18-12-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode


MANGGATAL: Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diketuai Ketua Wanitanya, Datuk Redonah Bahanda telah mengadakan lawatan di Kampung Kaliangau Manggatal bagi menyantuni golongan sasar sempena menjelang Hari Krismas.


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul itulah antara ungkapan yang boleh digambarkan ketika Wanita Gagasan Rakyat menyantuni golongan kurang bernasib baik sempena lawatan yang diadakan itu.

Kunjungan Redonah turut disertai Ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian Inanam Meilin Medusin bersama-sama ahli jawatankuasanya di Kg Kaliangau dekat sini, baru-baru ini.

Redonah ketika ditemui berkata seperti mana perayaan-perayaan lain misalnya Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, kali ini golongan kurang bernasib yang meraikan perayaan Krismas juga menerima sumbangan bagi membawa keceriaan kepada mereka.

MENYANTUNI: Redonah bertanya khabar dengan keluarga sempena lawatan itu.
Jelas beliau, sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan itu adalah sebagai tanda ingatan dan tanggungjawab kepada golongan berkenaan.

Tambahnya, sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan itu biasanya tidak akan dilupakan agar mereka juga dapat meraikan Krismas seperti orang lain.

Sempena lawatan itu, Redonoh telah menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan dan perhiasan Krismas kepada keluarga Petrus Ayang, 62, pesakit kronik dari Kg Keliangau Manggatal, dengan harapan semoga keluarga itu dapat menyambut perayaan Krismas dengan lebih ceria dan bermakna.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.365275 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list