CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12935|Reply: 0

[Sabah] Lagi buaya besar ditembak di Lahad Datu

[Copy link]
Post time 17-12-2023 04:18 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Buaya Tembaga sepanjang 4.8 meter dan lebar kira-kira satu meter ditembak kakitangan JHL.

LAHAD DATU: Seekor lagi buaya besar berjaya ditangkap sebelum ditembak pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) di Kampung Remang, di sini.

Pegawai JHL Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, reptilia sepanjang 4.8 meter dan lebar kira-kira satu meter itu ditemukan di belakang rumah penduduk kampung berkenaan.

“Bertindak dengan aduan kehadiran reptilia itu, sepasukan kakitangan JHL Lahad Datu bergegas ke lokasi berkenaan.

“Hasil pemantauan, terdapat seekor buaya dikesan di belakang rumah penduduk Kampung Remang,” katanya.

Beliau berkata kakitangan JHL kemudian melepaskan lapan das tembakan pada jam 10.37 malam.

"Kesemua tembakan itu berjaya mengenai sasaran dan pemeriksaan mendapati ia adalah buaya tembaga jantan berukuran 4.8 meter panjang dan lebar kira-kira satu meter.

"Bangkai buaya itu dibawa ke perumahan JHL Lahad Datu untuk dilupuskan.

"Buaya ini hampir sama dengan saiz buaya yang turut ditembak mati di Kampung Desa Bajau, Isnin lalu," katanya.

Isnin lalu, seekor buaya seberat lebih 1.2 tan ditangkap sebelum ditembak pihak berkuasa di Kampung Desa Bajau.

Sebanyak tujuh das tembakan dilepaskan termasuk di kepala dan membunuh reptilia sepanjang hampir lima meter itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051532 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list