CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8846|Reply: 0

[Terengganu] 5 sungai di Terengganu lepas paras waspada, trend meningkat

[Copy link]
Post time 17-12-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Seorang penduduk meredah banjir untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumahnya dinaiki air akibat hujan lebat ketika tinjauan di Kampung Paya, Balai Besar semalam. FOTO BERNAMA

Kuala Terengganu: Paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu masih menunjukkan trend peningkatan susulan hujan yang masih melanda negeri ini.

Setakat jam 8 pagi, lima sungai di Terengganu merekodkan bacaan melepasi paras waspada manakala yang lain masih berada pada paras normal walaupun menunjukkan peningkatan.

Ia membabitkan dua sungai di Setiu serta masing-masing di Kuala Nerus, Marang dan Kemaman.

Di Setiu, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok masing-masing merekodkan bacaan 8.06 meter (m) dan 7.28 m.



Ia melepasi paras normal sungai berkenaan iaitu 5.5 m dan 5 m.

Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus turut melepasi paras waspada dengan bacaan 2.13 m.

Di Marang, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan mencatatkan bacaan 2.3 m sekali gus melepas paras normal 1 m.

Turut mencatatkan bacaan melepasi paras waspada adalah Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik di Kemaman dengan bacaan 1.8 m berbanding paras normal 1 m.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ada-trend-meningkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051022 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list