View: 7215|Reply: 15
|
[Jenayah]
[Edisi Boikot?] Meletakkan Harga Mahal, Pos Malaysia Menunggang Mangsa Palestin?!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan abam sado Pos Malaysia.
Dah nak masuk tiga bulan, tentera Israel masih tak henti-henti menyeksa rakyat Palestin yang tak bersalah di Gaza. Berikutan itu, satu dunia tak henti-henti tunjukkan tanda sokongan buat negara yang ditindas itu.
Ada yang melakukan himpunan besar-besaran, ada yang boikot jenama pro-Israel dan bermacam lagi. Tak kurang juga, Pos Malaysia turut bersama-sama tunjukkan solidariti dengan melancarkan setem khas ‘Palestin Merdeka’ yang akan mula dijual pada 18 Januari tahun depan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengatakan pelancaran setem tu melambangkan sokongan penuh Malaysia terhadap perjuangan dan pembebasan Palestin dari kekejaman Israel.
Tambahnya lagi, dia turut berhasrat untuk melakukan kempen menghantar surat bersama beberapa badan NGO bagi menggesa gencatan senjata dilakukan jika perlu.
“Kita akan pertimbang sekiranya perlu setelah dilancarkan (setem) ataupun setelah mula ada di pasaran mungkin kita akan berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengusahakan kempen menghantar surat untuk menggesa supaya gencatan senjata dilakukan.”
Katanya lagi, pelancaran ini merupakan kali ketiga setem berkaitan Palestin dikeluarkan di mana kali pertama dibuat pada tahun 1978 manakala kali kedua pula pada 1982.
Bagi siapa yang nak beli setem ni, ia akan dijual secara dalam talian di website dan di Pejabat Pos dan Biro Filateli Pos Malaysia dengan harga RM1.30 setiap setem.
Ia juga boleh dibeli dalam bentuk helaian yang mengandungi 20 setem pada harga RM26. Selain tu, Sampul Hari Pertama pula dijual pada harga RM0.50 manakala Folder berharga RM6.
Untuk pengetahuan korang, sebahagian hasil jualan setem tersebut akan disalurkan ke Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang seterusnya akan digunakan untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke rakyat Palestin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 best gak ambil setem dari surat2 org hantar. Dulu kkk byk sgt koleksi setem lawa2. Skang setem lawa2 dijual untuk terus masuk album ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Face value i.e. setem tu boleh guna untuk postage bernilai RM1.30 juga ka?
If so, apa yang mahalnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yg mahal nya.. mmg minimum postage surat skang 1.30 kan? aku masih terima acc statement by pos lagi from some supplier, mmg setem diorg guna 1.30. folder tu mmg dari dulu dah jual harga RM6. |
|
|
|
|
|
|
|
bporty pakai ke setem. hantar kat kahwin pon pakai whatsapp tulis ayat sendiri kat group chat. nak card soh pm pulak adoilahhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
ingat ni zaman dulu pos surat guna setem 30 sen ke? |
|
|
|
|
|
|
|
surat elektronik (e-mail) tersenyum sinis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|