CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30003|Reply: 0

[Pulau Pinang] Waris pemandu kren mohon segerakan proses pengebumian

[Copy link]
Post time 16-12-2023 05:36 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Zulashraf (tengah) menunjukkan foto ayahnya ketika menerima kunjungan Noor Azman (kiri) di rumahnya di Parit Haji Kassim 2 hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

BAGAN SERAI – Ahli keluarga kepada pemandu kren, J. Mizan Aberis,47 yang rangkanya dijumpai dalam semak di tepi Jalan Bukit Aping Bandar Baharu tiga hari lalu meminta agar pihak yang berkenaan dapat menyerahkan rangka mayat bagi urusan pengebumian.

Warisnya, Mohamad Zulashraf, 24, berkata, keseluruhan ahli keluarga masih menantikan keputusan daripada pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar bagi membawa pulang rangka mayat ayahnya untuk dikebumikan.

“Kami diberitahu bahawa rangka ayah akan menjalani proses ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di HSB untuk mengesahkan identitinya.

“Namun sehingga hari ini, sama ada saya atau waris yang terdekat masih belum dipanggil bagi tujuan itu dan kami semua berharap agar proses itu dapat segera dilakukan bagi membolehkan segera urusan pengebumian,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita semasa menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali di kediamannya di Parit Haji Kassim 2, Alor Pongsu disini hari ini.

Menurut Mohamad Zulashraf, mereka sekeluarga masih lagi dalam keadaan bersedih selepas penemuan rangka mayat ayahnya di kawasan Jalan Bukit Aping pada 13 Disember lalu.

“Lebih memilukan hati kami sekeluarga terutamanya Tok Wan (Mat Radzi Ali) saya, bila mendapati ayah pergi meninggalkan kami semua dalam keadaan sebegitu rupa.

“Sejak dia hilang pada 30 November lalu, kami sekeluarga berusaha mencarinya dipelbagai lokasi laluan dan termasuk dilaluan rangkanya ditemukan,” katanya

Bapa Mertua J. Mizan, Mat Radzi Ali, 69, berkata, dia amat berharap agar pihak hospital dapat segera mengembalikan mayat menantu kesayangannya.

Terdahulu,media melaporkan penemuan rangka manusia didalam semak di jalan Bukit Aping tiga hari lalu dan dipercayai rangka itu ialah pemandu kren yang dilaporkan hilang pada penghujung November lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... proses-pengebumian/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.100464 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list