CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11328|Reply: 0

[Perlis] Sindiket PATI intai peluang musim cuti sekolah

[Copy link]
Post time 16-12-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim memakaikan ves keselamatan polis kepada anggota polis peronda yang bertugas dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Penyeludupan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar. FOTO AIZAT SHARIF

Padang Besar: Kehadiran pelancong atau pengembara asing di pintu sempadan Malaysia-Thailand terutama pada musim cuti sekolah ini dijangka akan membuka ruang kepada sindiket penyeludupan migran atau pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk aktiviti penyeludupan ke negara ini.

Malah, selain 'laluan tikus' di sekitar laluan pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand, suasana kebanjiran pelancong serta suasana sibuk di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar dan Pos Imigresen Wang Kelian memungkinkan mereka melakukan jenayah berkenaan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata berdasarkan risikan, penyeludup ataupun ejen akan bergantung kepada situasi semasa untuk mengambil kesempatan menyeludup masuk PATI ke negara ini.

"Mereka akan menunggu waktu tertentu untuk cuba 'selit' PATI ini dalam kebanjiran 'crowd' atau pelancong ini bagi mengaburi mata penguatkuasa yang berada di pintu sempadan kedua-dua negara ini dalam usaha untuk bolos ke negara ini.


"Jika dilihat pada data statistik kita, dari Januari hingga bulan lalu tahun ini, sebanyak 21 kes dibuka kertas siasatannya mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya pada Pelancaran Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Penyeludupan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, di sini hari ini.

Katanya, selain daripada itu seramai 53 orang yang menjadi 'tekong' dalam membawa masuk PATI ini turut ditangkap dalam tempoh yang sama.

"Kita turut membuat 32 serbuan pembanterasan PATI dalam tempoh yang sama dimana semua yang ditahan ini turut disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Imigresen 1959/63.

"Jadi perkara inilah yang akan kita lihat dalam operasi ini sama ada pelaksanaan operasi ini dapat memberi impak pergerakan sindiket ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -musim-cuti-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.142135 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list