Edited by pengecattaik at 17-12-2023 09:41 AM
Seorang ustaz Pas dikecam selepas meminta derma orang ramai untuk membaiki kereta milik syarikatnya yang terlibat dalam kemalangan.
Menerusi hantaran di Instagram, kereta milik pasukan media Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dikatakan terlibat dalam kemalangan dan memerlukan sekurang-kurangnya RM5,000 untuk kos pembaikan.
Ahmad Dusuki dalam hantaran itu berkata, dia memerlukan 1,000 penderma untuk menderma sekurang-kurangnya RM5.
“Pencarian 1,000 orang penyumbang yang bermurah hati ingin menyumbang RM5 bagi kos pembaikian kereta media UAD (Ustaz Ahmad Dusuki).
“Kemalangan yang melibatkan kereta ini pada akhir September lepas agak parah apabila melibatkan bahagian depan dan belakang kereta.
“Kini kami menggunakan kenderaan pihak lain yang juga perlu dibayar kos sewanya. Kami dimaklumkan oleh pihak bengkel bahawa kos yang diperlukan sekitar RM3,000 hingga RM5,000 untuk membaiki seluruh kerosakan,” katanya.
|