CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8532|Reply: 0

[Sabah] Lelaki didenda RM50,000, seleweng 17,195 liter diesel

[Copy link]
Post time 15-12-2023 05:26 PM | Show all posts |Read mode


SELEWENG: Pegawai KPDN memeriksa bekalan minyak diesel yang diseleweng lelaki terbabit.

KOTA KINABALU: Seorang individu didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu  di sini selepas mengaku bersalah menyeleweng 17,195 liter diesel bersubsidi.

Pengakuan dibuat Manogaran Supaya, 67, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Noor
Hafizah Mohd Salim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel berjumlah 17,195 liter di sebuah stor tidak bernombor di kampung Kionsom, Inanam pada 27 Februari 2023.

Tindakan lelaki yang menggunakan dan mengambil barang berjadual iaitu minyak diesel melebihi had kuantiti 20 liter yang dinyatakan dalam Ruang Dua Jadual Bahagian IV Peraturan yang sama melanggar Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 yang dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mahkamah mengarahkan agar lelaki ini didenda RM50,000 atau hukuman penjara selama 30 hari sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.
Mahkamah juga memerintahkan agar hasil

jualan ekshibit bagi kes ini iaitu sebanyak RM37,141.20 dijadikan sebagai hasil kerajaan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah Thomas Chua serta dibantu Kenny Jaikol Yangah.

Dalam pada itu, Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, pihak peniaga yang menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan dan memiliki barang kawalan diesel ataupun petrol melebihi 20 liter perlu mempunyai dokumen kebenaran dan lesen yang sah daripada Pengawal Bekalan untuk menyimpan barang kawalan terbabit.

“KPDN sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan berkaitan salah laku peniaga dengan menyalurkan aduan menerusi saluran Whatsapp di talian 019-279 4317 atau 019-848 8000, portal aduan e-aduan.kpdn.gov.my serta menghantar surat rasmi ke pejabat KPDN yang berdekatan dan bilik gerakan KPDN negeri,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.062143 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list