CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: momey

CERPEN - STAY WITH ME [TAMAT]

  [Copy link]
 Author| Post time 18-12-2023 02:37 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Sebaik sahaja Hanan bangun dari tidur, kedengaran bunyi bising dari arah dapur. Dia keluar lalu menjengah ke dapur. Kelihatan Mak Eton sedang menggoreng bihun. Dia tersenyum sendiri.

“Assalammualaikum, mak..”

Mak Eton terkejut lalu berpaling memandang anak sulungnya itu sambil tersenyum.

“Waalaikummussalam. Ambilkan bekas untuk mak isi bihun ni.”

“Owh..jap.”

Hanan mengambil bekas kaca di dalam almari atas lalu dihulurkan pada ibunya.

“Mak, Along siapkan diri dulu ya.”

“Ok.”

Hanan kembali ke dalam biliknya.


                           ******************************************


Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi..

Hanan membawa beg galas kecilnya lalu berjalan ke dapur.

“Mak, Along bawa bekal erk bihun mak ni. Macam tak sempat nak makan kat rumah.” Kata Hanan sambil mengambil bekas kosong di dalam laci.

“Boleh je. Pukul berapa kamu balik petang ni?”

“Petang ni erk? Tak pasti lagi la, mak. Kalau habis keje awal, Along terus balik rumah. Ke mak nak pesan apa-apa?”

“Tak ada pun.”

Hanan memasukkan bekas bihun goreng itu ke dalam beg galasnya. Nasib baik muat!
Kemudian dia berjalan ke ruang tamu mengambil kunci motornya lalu mengadap ibunya lalu mengucup tangan.

“Along gerak dulu ya.”

“Hati-hati bawa motor tu.”

“Baik, mak.”

Hanan memakai topi keledar lalu menuntun motornya hingga ke luar pagar. Dia menghidupkan enjin motor lalu terus bergerak menuju ke pejabat di tengah bandar.

Entah mengapa, hatinya berasa tidak tenang dan kurang selesa. Dia menunggang motor sambil berfikir apa yang akan berlaku selepas ini. Apa yang harus dia lakukan untuk menyelesaikan hal Bazli dan juga Aidan.

Apa yang dia tahu sekarang ni, dia perlu berterus terang dengan Bazli bahawa dia sudah tidak ada hati pada lelaki itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2023 02:38 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Sebaik sahaja Hanan bangun dari tidur, kedengaran bunyi bising dari arah dapur. Dia keluar lalu menjengah ke dapur. Kelihatan Mak Eton sedang menggoreng bihun. Dia tersenyum sendiri.

“Assalammualaikum, mak..”

Mak Eton terkejut lalu berpaling memandang anak sulungnya itu sambil tersenyum.

“Waalaikummussalam. Ambilkan bekas untuk mak isi bihun ni.”

“Owh..jap.”

Hanan mengambil bekas kaca di dalam almari atas lalu dihulurkan pada ibunya.

“Mak, Along siapkan diri dulu ya.”

“Ok.”

Hanan kembali ke dalam biliknya.


                           ******************************************


Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi..

Hanan membawa beg galas kecilnya lalu berjalan ke dapur.

“Mak, Along bawa bekal erk bihun mak ni. Macam tak sempat nak makan kat rumah.” Kata Hanan sambil mengambil bekas kosong di dalam laci.

“Boleh je. Pukul berapa kamu balik petang ni?”

“Petang ni erk? Tak pasti lagi la, mak. Kalau habis keje awal, Along terus balik rumah. Ke mak nak pesan apa-apa?”

“Tak ada pun.”

Hanan memasukkan bekas bihun goreng itu ke dalam beg galasnya. Nasib baik muat!
Kemudian dia berjalan ke ruang tamu mengambil kunci motornya lalu mengadap ibunya lalu mengucup tangan.

“Along gerak dulu ya.”

“Hati-hati bawa motor tu.”

“Baik, mak.”

Hanan memakai topi keledar lalu menuntun motornya hingga ke luar pagar. Dia menghidupkan enjin motor lalu terus bergerak menuju ke pejabat di tengah bandar.

Entah mengapa, hatinya berasa tidak tenang dan kurang selesa. Dia menunggang motor sambil berfikir apa yang akan berlaku selepas ini. Apa yang harus dia lakukan untuk menyelesaikan hal Bazli dan juga Aidan.

Apa yang dia tahu sekarang ni, dia perlu berterus terang dengan Bazli bahawa dia sudah tidak ada hati pada lelaki itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2023 03:22 PM | Show all posts
Sebaik sahaja Hanan sampai di pejabat, dia baru tersedar dari lamunan setelah focus tentang Bazli sepanjang perjalanan tadi.

Hanan cuba memandang bilik Aidan. Gelap!

“Aik?”

Hanan menyimpan begnya di dalam laci lalu terus berjalan ke tempat Raudhah. Raudhah yang ketika itu sedang mengenakan lipstick perasan akan kedatangan rakan sepejabatnya itu.

“Beb..”

“Kau kenapa ni, Hanan?”

“Kau datang awal kan?”

“Nak kata awal sangat tu, tak juga la. Nape?”

“Kau ada Nampak Encik Aidan?”

Raudhah terus memandang ke arah bilik Aidan.

“Aku tak perasan pula.”

Hanan mengeluh. Memang nampak airmuka Hanan sangat gelisah ketika itu.

“Kau ok tak ni?” Tanya Raudhah lalu berdiri berhadapan dengan Hanan.

“Boleh tak kalau aku nak call dia?”

“Eh, kau ni. Kau jangan la tanya aku. Kalau kau nak call, call je.”

Hanan mengangguk lalu berjalan ke mejanya semula sambil mencari handphonenya di dalam beg.

Raudhah hanya diam. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Kenapa dengan Hanan tu?” Tanya Hamza tiba-tiba muncul di sebelah.

“Oii kau ni! Terkejut aku laa..”

“Haha.. sorry.”

Raudhah sempat mencubit manja lengan Hamza.

“Ish dia ni. Laju je jari tu. Ni aku tanya ni, Hanan tu nape?”

“Owh. Hanan tu ntah la. Aku rasa dia dengan Encik Aidan tu ada ehem-ehem la…”

“Ehem-ehem?”

“Kau nii..”

“Yelah. Ehem-ehem apa?”

“Macam ada sesuatu.”

“Sesuatu pulak dia niii.. haishh!”

“Dah la kau. Pegi balik tempat kau. Aku nak buat kerja.”

“Eh, dia ni. Tiba-tiba nak naik angin plak.”

“Dah kau tu slow!”

“Hamza!!!!” jerit Encik Emran dari biliknya.

“Haa.. bos dah panggil kau.”

“Werkk!” sempat Hamza menjelir lidahnya pada Raudhah lalu terus berlari anak menuju ke bilik Encik Emran.

Raudah memandang Hanan yang masih gelisah itu.


                     ******************************************


Berkali-kali Hanan cuba menghubungi Aidan. Langsung tidak berjawab. Dia juga ada menghantar mesej, namun kesemua mesejnya tidak di baca.

Hati semakin tidak tenteram.

“Awak janganlah bagi saya susah hati..”

Hanan menangis sendiri di tangga belakang pejabatnya. Hanan akhirnya membuat keputusan untuk pergi ke rumah Aidan pada waktu rehat tengah hari itu.

Dengan lajunya dia menunggang menuju ke rumah Aidan. Di sepanjang perjalanan, tidak putus dia berdoa mudah-mudahan tiada perkara buruk terjadi pada Aidan.

Beberapa minit kemudian..

Hanan mematikan enjin sebaik sahaja tiba di pintu pagar rumah Aidan dua tingkat itu. Terdapat kereta dan juga motor Aidan yang tersidai di halaman rumah.

“Eh, dia ada di rumah la ni kan?”

Hanan menongkat motornya lalu berjalan ke pagar lalu menekan butang loceng. Sunyi!

“Aidan!!”

Sunyi!

Sambil menekan butang loceng, sambil itu juga dia cuba menghubungi Aidan. Panas matahari waktu tengah hari itu semakin terik. Peluh mula membasahi tubuhnya.

“Macam mana aku nak buat ni, eh?”

Hanan menoleh kiri dan kanan. Tiada orang!

"Eh, pagar tak berkunci!"

Perlahan-lahan Hanan membuka pintu pagar. Sebaik sahaja dia sudah masuk ke halaman rumah Aidan, dia berlari anak ke pintu rumah utama.

“Aidan..”

Hanan mengetuk pintu bertalu-talu sambil memanggil nama bekas suaminya itu. Tiba-tiba datang seorang lelaki di balik tembok rumah.

“Cik..”

Hanan terus menoleh ke belakangnya.

“Ya?”

“Cik cari Aidan ke?” tanya lelaki itu.

“A’ah.”

“Saya jiran dia. Sebelum subuh tadi saya hantar dia ke hospital.”

“Hospital?”  

“Dia call saya. Nasib baik masa tu saya dah bangun. Memang dia nampak sakit sangat-sangat waktu tu. Memang rasa kalau tunggu ambulan, lambat sampai. Saya terus la bawa dia ke hospital.”

“Ok. Saya ke sana lah.”

Lelaki itu mengangguk dan dia faham air muka wanita di hadapannya itu turut berubah.

“Nak saya hantarkan ke?”

“Eh, tak apa. Saya boleh pergi sendiri.”

“Boleh saya tahu siapa cik?”

“Saya.. saya kawan dia.”

“Owh.. ok.”

Memang lelaki itu nampak wanita di hadapannya itu cuba sembunyikan identiti. Namun untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, dia hanya mengiyakan sahaja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2023 03:24 PM | Show all posts
Di hospital..

Hanan ke bahagian emergency seperti yang diberitahu oleh jiran Aidan itu. Di dalam hati Tuhan sahaja yang tahu perasaan gelisah, takut, sedih. Semuanya lah! Mengharapkan yang terbaik dan dipermudahkan.

Hanan dimaklumkan bahawa Aidan sekarang sudah berada di wad biasa. Dia boleh melawat Aidan pada waktu tengah hari. Tetapi jam sudah menunjukkan pukul 3 petang.

Dia membuat keputusan untuk bertemu dengan Aidil sebaik habis waktu kerja. Sekurangnya sekarang dia sudah tahu di mana Aidil berada.

Dia kembali ke pejabat semula dan berjumpa dengan Encik Emran. Dia masih berdiri bertentangan dengan bosnya itu sambil ligat memikirkan apa yang perlu dia jelaskan secara tepat dan ringkas.

“Kau kenapa ni, Hanan? Tak pernah kau buat perangai macam ni.”

Hanan diam namun matanya masih mengadap Encik Emran.

“Aku kan, dengar macam-macam cerita pasal kau sekarang ni. Boleh tak kau berterus terang je dengan aku?”

“Erm..”

“Aku bos kau. Aku boleh simpan rahsia kau.”

Hanan mengeluh kecil.

“Apa hubungan kau dengan Encik Aidan tu sebenarnya?”

Hanan melepaskan nafasnya perlahan-lahan.

“Dia bekas suami aku.”

Encik Emran terus terkedu. Dia langsung tidak menyangka jawapan dari Hanan itu.

“Rupanya kau pernah kahwin sebelum ni?”

Encik Emran memandang Hanan dari bawah ke atas. Langsung tiada tanda-tanda dia pernah kahwin. Hanan memang pandai jaga badan!

“Ya. Lebih kurang 5,6 tahun lepas aku berpisah dengan Aidan.”

“Bazli tahu?”

“Tak.”

“What? Kau tak cerita dekat dia?”

“Tak. Aku hampir nak cerita dekat dia tapi tu la.. hati ni mula was-was selepas ramai yang cakap dia ni playboy.”

“Dah tau dia playboy masih dengan dia lagi aku tengok.”

“Ya. Tapi cuma jasad je, hati tak pun.”

“Tadi kau pergi mana?”

“Aidan masuk hospital.”

“Ha?”

“Itu la. Ingat nak pergi lawat dia tengah hari tadi, tapi tak sempat. Ingat petang ni nak singgah jap lepas kerja.” Hanan ringkaskan perbualan.

“Sakit apa?”

“Tak tahu. Selama ni dia tak pernah cerita pun.”

Encik Emran melepaskan nafasnya lalu memandang Hanan.

“Nape?”

“Kau nak rujuk balik dengan dia?” tanya Encik Emran serius.

Hanan terpaku. Perlu ke dia jawab?

“Kalau rujuk balik, kenapa?”

“Melepas la aku!”

Hanan terkejut dengan jawapan bosnya itu. Tetapi beberapa saat kemudian Encik Emran ketawa.

“Aku main-main je. Kalau kau rujuk balik dengan dia, aku doakan yang terbaik buat kau. Janji kau bukan dengan si Bazli tu. Tak Kenan betul aku dengan perangai dia!”

Hanan tersenyum.

“Encik Emran jangan bagi tahu sesiapa ya?”

“Ya. Percayalah dekat aku. Aku ni pandai simpan rahsia.”

“Terima kasih, bos.”

“Petang ni kalau jumpa Aidan, kirim salam dia.”

“Ok.” Hanan sempat memberikan senyuman lalu terus keluar dari bilik Encik Emran.

Semasa dia berjalan ke mejanya, kelihatan Raudhah dan juga Hamza sedang tersenyum ke arahnya.

“Apasal korang ni?”

Raudhah dan Hamza berjalan laju ke arah Hanan.

“Bos marah ke?”

“Bos pernah marah ke?” soal Hanan balik sambil tersengih.

“Mana la tau.. tiba-tiba jadi jantan sejati.” Perli Raudhah lalu tergelak kecil bersama Hamza.

“Shh.. korang ni. Tak baik laa..”

“Eh, kau pergi mana tadi?” soal Raudhah lalu menarik kerusi di meja sebelah lalu duduk bersebelahan dengan Hanan.

“Ada hal sikit.” Jawab Hanan sedikit gagap sambil pura-pura menyelak fail di hadapannya.

“Hanan..”

“Ya.” Jawab Hanan tetapi tidak memandang Raudhah.

“Hanan!” panggil Raudhah sambil menarik bahu Hanan.

Hanan dan Raudhah bertentangan mata.

“Kau ada sembunyi sesuatu dari aku kan?”

“Mana ada.”

“Tipu!”

“Aku banyak kerja ni. Aku nak balik awal.”

“Sampai hati kau tak bagi tahu aku.”

“Masalahnya tak ada apa-apa. Aku nak buat kerja eh. Please..” Hanan mula rasa kurang selesa.

Hamza menarik lengan Raudhah lalu membiarkan Hanan sendirian. Hanan langsung tidak boleh fokus untuk menyiapkan kerja pada petang tersebut. Di fikirannya sekarang hanya Aidan.

“Dia tak bagi tau aku pun dia ada sakit. Sakit apa eh?”

Hanan termenung seketika.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2023 03:26 PM | Show all posts
Di Hospital jam 6.00 petang..

Aidan tersenyum memandang Hanan yang baru tiba itu. Dia datang sendirian sambil membawa satu beg plastic kecil berisi apple merah.

“Saya tolong potongkan buah ni dulu ok?”

“Bagusnya dia..”

“Bagus?” Hanan mengambil pisau lalu membuang kulit apple tersebut.

“Bagus sebab masih ingat saya suka makan epal.”

“Owh..mesti la saya ingat.”

Hanan tersenyum lalu menghulurkan potongan epal di dalam mangkuk kecil itu kepada Aidan.

Dengan perlahan-lahan Aidan mengunyah sambil memandang Hanan yang duduk diam di sisinya. Aidan tiba-tiba terperasan mata Hanan berkaca.

“Awak ok tak ni?”

“Patut soalan tu, saya yang tanya pada awak.”

“Awak..”

Air mata yang di tahan tadi terus mengalir.

“Ni yang saya tak suka ni. Lap airmata tu.”

Hanan menundukkan mukanya lalu mengelap airmata perlahan-lahan.

“Sakit saya bukan teruk sangat pun. Dah selesai operate pun kan?”

“Kenapa tak bagi tahu saya?”

“Masalahnya saya ingat sakit saya ni bole pulih, tak sangka bole jadi lebih teruk.”

“Appendix bahaya tau.”

“Ya, saya tahu. Sorry.. Sorry sangat buat awak risau.”

Hanan dan Aidan bertentangan mata. Mahu sahaja Aidan mengusap pipi Hanan itu.

“Awak tunggu tau.”

“Tunggu?” berkerut dahi Hanan.

“Saya akan lamar awak sebaik sahaja saya sihat nanti.”

Hanan diam tersenyum.

“Tunggu saya tau.” Kata Aidan dalam nada tegas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2023 03:31 PM | Show all posts
Edited by momey at 18-12-2023 03:48 PM

Dua bulan kemudian.

Alhamdulillah, Aidan dan Hanan selamat bertunang di kampung Hanan. Kenduri diadakan secara besederhana sahaja. Hanya keluarga dan jiran terdekat dijemput menghadiri majlis tersebut.

Aidan dan Hanan semakin hari semakin menyemai kasih dan cinta. Bazli? Hanya menunggu peluang untuk musnahkan hidup Hanan. Sudah lama dia mencari Hanan!

Pada suatu hari di sebuah pasaraya terkemuka di Kuala Lumpur, Bazli ternampak kelibat Hanan bersama Bazli. Kelihatan pasangan tersebut tengah di lamun cinta seolah berada di alam mereka sendiri. Bazli menggenggam tangannya sambil merenung tajam ke arah Hanan.

Hanan dan Aidan berborak kosong sambil berjalan menuju ke medan selera.

“Awak, saya macam nak pergi toilet dulu la..”

“Tadi bukan dah pergi toilet dah ke, sayang?” tanya Aidan sambil mencari tanda signboard tandas di dalam pasaraya tersebut.

“Awak, saya kan minum air teh hijau. Teh hijau tu..”

Tiba-tiba Hanan dan Aidan terkejut. Bazli dengan keadaan kusut masai itu berdiri di hadapan mereka berdua.

Hanan sebenarnya sudah membuat keputusan untuk berpindah ke rumah sewa lain dan bekerja di pejabat baru tanpa pengetahuan Bazli. Disebabkan itu jugalah Bazli semakin terganggu mentalnya kerana tidak dapat menjejaki Hanan.

Kiranya pada hari tersebut bagaikan rezeki berada di depan mata. Akhirnya dia dapat bertemu lagi dengan Hanan.

Bazli terperasan cincin di jari Hanan.

“You dah kawin, Hanan?” itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Bazli.

“Tunang aku” jawab Aidan yang berdiri rapat bersebelahan dengan Hanan.

“Owh tunang..” Bazli geram.

“Kau kenal tak tunang kau ni?” sambung Bazli mula cuba mainkan perasaan Aidan.

“Dia pernah menjadi isteri aku.”

Terus terlopong Bazli dibuatnya. Dia terus memandang Hanan. Dia betul-betul tidak sangka kerana Hanan memang pandai menjaga tubuh badannya.

“Aku nak kahwin balik dengan dia.”sambung Aidan dengan tegas.

Bazli tidak puas hati. Semakin ligat dia berfikir untuk menghancurkan hidup Hanan.

Bazli berjalan rapat menuju ke arah Aidan. Dirapatkan mulutnya ke telinga kiri Aidan lalu berbisik..

“Kau tak kisah ke bakal isteri kau ni pernah tidur dengan aku?” Bazli tersenyum sinis.

Aidan terus terdiam.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2023 08:21 AM | Show all posts
selamat pagi semua.. jom smbung skit lg pg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2023 08:25 AM | Show all posts
“Bazli!!” Hanan terus menolak kuat tubuh Bazli. Bazli ketawa. Orang yang lalu lalang mula perasan dan ada yang berminat melayan drama percuma itu.

“Hebat bakal isteri kau. Aku suka..”

“Stop it!!”jerit Hanan.

“Hahahaha… Selamat pengantin baru. Baru lagi ke?” ejek Bazli lalu berlalu pergi meninggalkan Aidan yang masih terdiam membisu itu.

Hanan memandang Aidan.

“Awak..”

Aidan terus berjalan menuju ke luar dari pasaraya. Menggeletar tubuh badan Hanan dibuatnya. Dengan lemahnya dia mengikut Aidan dari belakang.


                         ******************************************


Di dalam kereta..

Aidan hanya mendiamkan diri. Dia amat terganggu dengan kata-kata Bazli sebentar tadi. Sekarang ni apa yang perlu dia buat? Apa yang dia rasa pada ketika itu adalah, dia kecewa!

“Awak..” dengan lemah Hanan memanggil Aidan.

Aidan masih diam dan fokus kepada pemanduannya.

“Saya minta maaf. Saya..”

Aidan memberi signal ke arah kanan lalu masuk ke kawasan rehat yang berhampiran. Hanan diam. Dia merasa pelik kenapa Aidan masuk ke kawasan tersebut.

Aidan mencari parking lalu menghentikan kereta. Dia mengeluh kecil.

“Cerita dekat abang apa yang dah berlaku. Abang nak dengar semuanya.” Kata Aidan dengan penuh sabar dan cuba mengawal perasaannya.

Aidan memang sudah kecewa tetapi dia juga perlu rasional untuk mendengar apa yang perlu diluahkan oleh Hanan. Dia tidak boleh pentingkan perasaan dirinya sahaja.

“Saya minta maaf..” bergetar suara Hanan sambil menahan sebaknya.

Dalam pada masa yang sama dia juga takut Aidan akan bertindak di luar fikirannya.

“Ya, saya pernah bersama dengan Bazli.”

Aidan terus sebak dan memeluk tubuhnya.

“Saya tahu saya salah. Saya berdosa. Itu pun sekali je. Lepas dari apa yang berlaku, saya dah tak ulang.”

Aidan masih diam sambil mengesat airmatanya.

“Awak..”

Aidan memang langsung tidak pandang ke arah Hanan.

“Baiklah. Saya terima apa sahaja keputusan dari awak. Semuanya saya serah pada awak. Cuma satu sahaja permintaan saya, saya harap awak maafkan saya.”

Suasana sunyi seketika. Aidan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri buat masa sekarang. Dia kembali memandu dan menghantar terus Hanan ke rumah. Hanan faham Aidan bertindak demikian kerana dia berhak. Khilaf dirinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2023 08:33 AM | Show all posts
Jam 9.00 malam..

Di sebuah masjid berdekatan rumah Aidan.

Aidan termenung seketika di tangga masjid sendirian sambil memandang kosong di hadapannya.

“Ya Allah, kuatkan lah diriku. Aku tak tahu kenapa aku berasa sangat kecewa dan sedih. Sedangkan dalam masa yang sama, aku masih sayangkan dia. Bagi aku petunjuk untuk selesaikan masalah ini..” Aidan bermain dengan perasaannya.

“Assalammualaikum.”

Bahu Aidan disentuh. Dengan serta merta Aidan menoleh ke arah kirinya. Seorang lelaki yang tidak dikenali tersenyum lalu duduk bersebelahan dengannya.

“Waalaikummussalam.”

“Belum balik?”

“Baru nak balik.” Jawab Aidan lalu membalas senyuman pada imam yang agak berusia itu.

“Ni ada nasi lebih. Ada hamba Allah buat makan-makan. Ambillah..” imam menghulur sebekas nasi goreng kepada Aidan.

“Terima kasih.”

Imam perasan dari raut wajah Aidan tersimpan masalah yang membelenggu diri.

“Saya pulang dulu ya..”

Imam tersebut menghulur tangan untuk dijabat sebelum bergerak pulang.

“Saya nak minta 5 minit untuk berbual sekejap boleh, imam?” tanya Aidan sambil erat menggenggam tangan imam tersebut.

Imam itu faham lalu mengangguk tanda terima.

“Baiklah. Teruskan.” Kata imam lalu memberi tumpuan sepenuhnya.

“Saya nak minta pendapat..”


                       ******************************************


Hanan yang baru selesai solat isyak itu terus merebahkan diri di atas katil. Dia mengambil handphone lalu di tatap. Tiada langsung mesej mahupun panggillan dari Aidan.

“Macam mana kalau Aidan tak boleh terima aku? Aku tahu aku salah. Aku pun manusia biasa, tak lepas dari buat salah.”

Hanan duduk lalu memandang bulan.

“Bulan, aku sayang dia sangat. Aku harap dia boleh beri aku peluang kali kedua untuk aku tebus kesalahan aku. Aku tak nak kehilangan dia.”

Mengalir air mata membasahi pipi.

“Maafkan aku, Aidan..”

Tiba-tiba handphonenya berdering. Dengan kelamkabut dia mencapai handphonenya di sisi lalu ditatap.

“Bazli?”

Dia mengeluh. Nak jawab ke tidak? Hanan menjawab panggilan itu.

“You nak apa lagi?” Hanan memang tidak puas hati dengan Bazli.

“Hahaha..”

Bazli memang ketawa kuat. Puas sangat hatinya dapat memporak-perandakan hubungan merpati dua sejoli yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi itu.

“Puas hati you kan?” Hanan mula sebak.

“Mestilah. Memang ni yang I nak. Nanti bila jantan tu reject you, I yang akan ambil alih jadikan you sebagai isteri I”

“I jadi isteri you? Hahaha… berangan la! Jangan harap I nak kahwin dengan you laaa”

Bazli tercabar.

“You jangan sampai I…

“Jangan sampai apa?”

“I sebarkan gambar you!” ugut Bazli.

Hanan yang berdiri tadi terus terduduk.

“You…” Hanan nangis.

“Jangan cabar I, Hanan.” Bazli seperti sudah hilang waras.

“Kenapa you sanggup buat I macam ni? Apa salah I?”

Bazli diam.

“I nak jumpa you, Bazli..” Hanan berani membuat keputusan bersemuka dengan Bazli.

Bazli melepaskan nafasnya perlahan-lahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2023 08:42 AM | Show all posts
Hanan dengan berani datang berjumpa Bazli. Dia langsung tidak mesej pada Aidan. Pertemuan mereka di hadapan kedai 7-eleven berhampiran bandar. Dia kalau boleh tak nak Bazli tahu di mana tempat tinggalnya.

Hanan memandang jam di tangan. Bazli masih belum muncul. Kedai berhampiran semuanya sudah tutup kecuali kedai 7-eleven tersebut.

Tiba-tiba datang sebuah kereta parking di sebelah motornya. Hanan terus memandang Bazli yang baru keluar dari kereta itu.

“Masuk.” Arah Bazli.

“Sembang luar.”

“Orang dengar kang.”

“Luar je.” Hanan pun ada degilnya.

Bazli mengeluh lalu berjalan dan berdiri bertentangan dengan Hanan. Beberapa orang yang berada di kedai 7-eleven tersebut hanya memandang.

“Kita selesaikan malam ni juga.” Pinta Hanan yang memandang Bazli yang sudah tidak sama seperti dulu yang kemas dan wangi.

“I nak you.” Bazli berterus terang.

“Boleh.”

Bazli senyum.

“You boleh nak I sebagai kawan. Hanya sebagai kawan you.”

Bazli yang tersenyum tadi kembali murung.

“Kalau lepas ni, I tak ada jodoh dengan Aidan pun.. I takkan boleh bersama you. I tak cintakan you.”

“You tak boleh cakap macam tu.”

“Kenapa tak boleh? Sebab itu apa yang I rasa. Hati I hancur dengan apa yang you dah buat dekat I sehinggalah Aidan muncul kembali pada I.”

Bazli diam dan masih memandang wajah Hanan.

“Maafkan I, Bazli. I tak boleh kembali pada you seperti dulu lagi.”

“Macam mana dengan I? I sayang you..”

“Kalau you sayang I, you takkan..”

“Bagi I peluang, sayang..”

Bazli cuba memegang tangan Hanan tetapi Hanan dengan pantas mengelak.

“Rasanya dah banyak peluang I bagi pada you.”

Bazli menangis. Terduduk dia melutut di hadapan Hanan.

“Eh, you. Jangan macam ni. Bangunlah..” pujuk Hanan kerana dia perasan pengunjung 7-eleven memandang ke arah mereka berdua.

“I menyesal, Hanan.”

“Bangun dulu, please..”

Dengan lemah Bazli bangun sambil mengelap airmatanya.

“Tak boleh ke you bagi sekali lagi peluang untuk I tawan hati you?” sambung Bazli dengan penuh harapan.

“Maafkan, I..”

“Please..”

“Kita kawan ya?”

Bazli sebak kembali. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang dia telah buat pada Hanan. Dalam pada masa yang sama, dia faham mungkin sampai di sini sahaja hubungannya dengan Hanan. Dia harus redha.

“I tak nak putus hubungan dengan you terus. Kalau boleh, kita terus berkawan macam biasa”

“I tak boleh. I tak boleh kawan dengan you sebab I anggap you lebih dari kawan.”

“Tapi I..”

“Shh.. I faham.”

Bazli mengundurkan langkahnya ke belakang.

“Terima kasih kerana sudi jumpa I. I dah cuba untuk pulihkan hubungan kita tapi nampaknya I tewas. Semuanya sebab I.”

Hanan diam.

“Baiklah. I undur diri. Maafkan I, Hanan. Doakan I kuat tanpa you.”

Bazli dengan perlahan-lahan cuba mengukir senyuman.

“Tapi kita boleh kawan.”

“Maaf. I tak boleh nak kawan dengan you.”

Tiba-tiba handphone di tangan Hanan berdering. Hanan terus melihat screen handphonenya. Tertera nama ‘Sayangku’.

Hanan terus memandang Bazli. Bazli terus faham dengan pandangan tersebut. Entah kenapa dia rasa dia sudah tidak berguna di hadapan Hanan. Kalau dia terus memujuk atau merayu, sudah pasti tidak akan mengubah apa-apa keputusan.

“Moga you bahagia..”

Bazli mengundur lalu masuk ke dalam kereta. Hanan tergerak untuk menghalang tetapi kakinya berat untuk melangkah. Dia hanya memandang Bazli berlalu pergi meninggalkan kawasan tersebut.

Hanan harap Bazli tidak akan menganggu hidupnya lagi selepas ini. Dia kembali melihat handphonenya. Tertera dua panggilan tidak berjawab dan satu mesej. Dia membuka mesej tersebut.

[ buat apa tu? ]

Hanan tersenyum. Dia terus menghubungi Aidan.

“Awak..”

Baru sahaja Aidan hendak jawab, dia terdengar bunyi bising.

“Buat apa dekat luar tu?” Aidan tegas.

Alamak! Hanan baru tersedar. Bagaimana harus dia beritahu pada Aidan yang dia keluar untuk berjumpa dengan Bazli?

“Sayang dengar tak abang tanya tadi?”

Apa harus Hanan jawab? Dalam masa yang sama dia terasa amat lega kerana Aidan masih bahasakan dirinya sayang.

“Saya jumpa Bazli.”

“Haihhhhh..”

Terdengar bunyi keluhan Aidan itu.

“Tapi depan 7-eleven ni haa.. ramai orang.”

“Masalahnya kenapa tak bagi tahu abang?” memang kedengaran suara Aidan yang sangat tegas itu.

“Sorry, awak..”

“Dia masih ada situ ke?”

“Dah balik.”

“Dah tu kenapa sayang masih dekat situ lagi?”

“Nak balik la ni..”

“Balik sekarang.”

“Ye.”

“Sampai nanti call.”

“Ok..”

Aidan menunggu Hanan mematikan talian. Kemudian Hanan memakai helmet, menghidupkan enjin motor lalu terus bergerak pulang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2023 08:43 AM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 11.00 malam..

Hanan menguap. Setelah selesai mandi dan berpakaian tidur, dia duduk di atas katil lalu mula menghubungi Aidan.

“Awak..”

“Lambat call.” Jawab Aidan.

“Baru lepas mandi.”

“Berani eh keluar malam sorang-sorang tanpa bagi tahu abang.”

Hanan diam.

“Kenapa buat perangai?”

Hanan masih diam. Dia tahu dia salah.

“Dah tak sayang abang?”

“Sayang.”

Masing-masing terdiam seketika. Tiba-tiba kedengaran bunyi barang jatuh di ruang tamu. Hanan terkejut. Jantungnya terus berdebar.

“Sayang..”

“Awak, saya dengar macam ada barang jatuh dekat depan.”

“Pastu?”

“Tak sedap hati la pula.”

“Duduk dalam bilik kan?”

“Ya..”

“Kunci pintu.” Dalam pada masa yang sama Aidan bergegas mengenakan tshirt dan terus berjalan pantas menuju ke rak kasut.

“Kunci pintu. Tunggu abang…”

“Arghhhhhhhh” jerit Hanan langsung handphone di tangan terlepas jatuh ke lantai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2023 01:49 PM | Show all posts
Dengan pantas Aidan terus bergegas keluar rumah.

“Kenapa?” tanya Bazli dengan senyuman yang amat mengerikan itu.

Hanan tidak sempat mengunci pintu biliknya. Bazli terus masuk dan menutup pintu bilik tersebut.

“Keluar la!!” jerit Hanan sambil membaling beberapa bantal ke arah Bazli.

Bazli dengan ketawa menepis bantal-bantal itu.

“Jom sayang. Dah lama tak rasa macam dulu-dulu.”

“I ingat you dah tak nak ganggu I lagi.”

“Bukan semudah itu, sayang..”

Bazli cuba menyentuh rambut Hanan yang paras bahu itu.

“Jangan la!”

“Ishh geram pula rasa kalau orang makin menolak ni. Terasa keghairahan tu.. hahahaha” Bazli ketawa sambil membuka bajunya.

“Please, you.. I rayu pada you”

“Rayu untuk bersama dengan I malam ni ke? Tak payah sampai rayu-rayu. Serah je dengan penuh kasih sayang. Meh sayang meh..”

“Jangan la!”

“Geramnya tengok dia…”

Bazli menarik lengan Hanan dengan kasar lalu terus mencium leher Hanan. Hanan dengan sekuat hatinya menolak tubuh Bazli. Bazli tertolak ke belakang.

“Aku benci kau.”

“Apadia? Benci ke sayang?”

“Kau dah gila!”

“Haha gila pun sebab kau. Sebab kau!!!”

Bazli terus berlari ke arah Hanan lalu menolak Hanan jatuh ke katil.

“Jom kita mulakan, sayang..”

“Taknak lah gila!” Hanan cuba menolak tangan Bazli yang telah mengcengkam kuat itu.

“Jangan bergerak!!!!”

Bazli terus menoleh ke belakang. Beberapa orang pegawai polis sedang mengacukan pistol ke arahnya.

“Anda ditahan kerana cubaan merogol dan pengedaran dadah.” Kata seorang polis lalu dua orang polis lagi terus mengari Bazli.

Hanan terus bangun mencapai selimut lalu ditutup rambutnya. Aidan muncul lalu bertentangan mata dengan Bazli.

“Puihhh!!!” Bazli meludah ke arah wajah Aidan.

“Bawa dia ke balai.” Kata seorang pegawai polis langsung pegawai polis yang menggari Bazli terus mengheret Bazli ke kereta polis.

Aidan memandang Hanan.

“Sayang ok?”

Hanan menggelengkan kepalanya. Dia masih di dalam ketakukan.

“Ikut kami ke balai, cik.. tuan untuk memberi keterangan.”

“Baiklah.” Jawab Aidan pada pegawai polis tersebut.

Aidan memandang Hanan.

“Pakai tudung. Abang teman sayang ke balai.”

Hanan mengangguk lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2023 01:54 PM | Show all posts
Dengan pantas Aidan terus bergegas keluar rumah.

“Kenapa?” tanya Bazli dengan senyuman yang amat mengerikan itu.

Hanan tidak sempat mengunci pintu biliknya. Bazli terus masuk dan menutup pintu bilik tersebut.

“Keluar la!!” jerit Hanan sambil membaling beberapa bantal ke arah Bazli.

Bazli dengan ketawa menepis bantal-bantal itu.

“Jom sayang. Dah lama tak rasa macam dulu-dulu.”

“I ingat you dah tak nak ganggu I lagi.”

“Bukan semudah itu, sayang..”

Bazli cuba menyentuh rambut Hanan yang paras bahu itu.

“Jangan la!”

“Ishh geram pula rasa kalau orang makin menolak ni. Terasa keghairahan tu.. hahahaha” Bazli ketawa sambil membuka bajunya.

“Please, you.. I rayu pada you”

“Rayu untuk bersama dengan I malam ni ke? Tak payah sampai rayu-rayu. Serah je dengan penuh kasih sayang. Meh sayang meh..”

“Jangan la!”

“Geramnya tengok dia…”

Bazli menarik lengan Hanan dengan kasar lalu terus mencium leher Hanan. Hanan dengan sekuat hatinya menolak tubuh Bazli. Bazli tertolak ke belakang.

“Aku benci kau.”

“Apadia? Benci ke sayang?”

“Kau dah gila!”

“Haha gila pun sebab kau. Sebab kau!!!”

Bazli terus berlari ke arah Hanan lalu menolak Hanan jatuh ke katil.

“Jom kita mulakan, sayang..”

“Taknak lah gila!” Hanan cuba menolak tangan Bazli yang telah mengcengkam kuat itu.

“Jangan bergerak!!!!”

Bazli terus menoleh ke belakang. Beberapa orang pegawai polis sedang mengacukan pistol ke arahnya.

“Anda ditahan kerana cubaan merogol dan pengedaran dadah.” Kata seorang polis lalu dua orang polis lagi terus mengari Bazli.

Hanan terus bangun mencapai selimut lalu ditutup rambutnya. Aidan muncul lalu bertentangan mata dengan Bazli.

“Puihhh!!!” Bazli meludah ke arah wajah Aidan.

“Bawa dia ke balai.” Kata seorang pegawai polis langsung pegawai polis yang menggari Bazli terus mengheret Bazli ke kereta polis.

Aidan memandang Hanan.

“Sayang ok?”

Hanan menggelengkan kepalanya. Dia masih di dalam ketakukan.

“Ikut kami ke balai, cik.. tuan untuk memberi keterangan.”

“Baiklah.” Jawab Aidan pada pegawai polis tersebut.

Aidan memandang Hanan.

“Pakai tudung. Abang teman sayang ke balai.”

Hanan mengangguk lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2023 01:55 PM | Show all posts
Beberapa hari kemudian..

Pukul 6.00 petang.

Aidan menjemput Hanan di pejabat dengan menaiki kereta. Mereka terus bergerak ke tasik berhampiran.

“Ada cendol.. nak!” Hanan tersenyum memandang Aidan.

“Jom.”

Hanan dan Aidan berjalan seiring menuju ke gerai kecil itu. Masih ada meja kosong untuk mereka berehat.

“Nak pulut?” tanya Aidan yang masih belum duduk.

“Tak nak.”

Aidan terus bergerak ke kaunter untuk membuat pesanan. Hanan tersenyum sendirian memandang Aidan dari tempat duduk. Rasanya dia lah wanita paling bertuah ketika itu.

Aidan berjalan kembali ke tempat duduk. Di lipatnya lengan bahu hingga ke siku lalu memandang Hanan. Hanan perasan.

“Nape?”

Aidan diam dan hanya memandang. Hanan tahu, dia masih ada perasaan malu, serba salah, sedih dengan apa yang dia lakukan.

“Terima kasih, abang.”

Aidan terkejut. Terkejut perkataan ‘abang’ keluar dari mulut Hanan.

“Terima kasih, abang..”

Aidan tersenyum.

“Sebab?”

“Sebab masih menerima sayang dalam hidup abang.”

Aidan diam sambil menatap wajah bakal isterinya dengan penuh kasih dan sayang. Ini lah jalan yang dia pilih. Dia menerima ujian ini dengan hati yang terbuka dan dia tahu jalan yang dia pilih ini adalah yang terbaik. Berturut-turut dia istikharah dan semakin hari dia dapat rasa dia semakin dekat dengan Hanan.

“Kita sama-sama buat yang terbaik, ok?” jawab Aidan lalu memandang seorang budak membawa semangkuk cendol menuju ke arahnya.

“Terima kasih.” Ucap Aidan lalu menolak perlahan mangkuk itu pada Hanan.

“Abang order satu je?”

“Share la dengan abang.”

Hanan tersenyum lalu menyuap Aidan. Dia bersyukur sangat. Berdoa moga hidup yang tenang dan bahagia ini ditempuh bersama yang tersayang.


                                                      -Tamat-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.063016 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list