CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8955|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kementerian Kewangan akan selesai isu permohonan eMadani ditolak

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Kewangan akan selesai isu permohonan eMadani ditolak

15 Disember 2023 12:02pm



Hui Ying - Foto Bernama



GEORGE TOWN - Kementerian Kewangan akan menyelesaikan isu permohonan bantuan kredit eMadani yang ditolak, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

"Saya cuba dapatkan lebih banyak maklumat dan akan cuba tengok dan selesaikannya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan mengedarkan kalendar 2023 di Pasar Chowrasta di sini hari ini.



Hui Ying berkata, ramai individu yang sudah mendapat bantuan kredit eMadani sebanyak RM100 sejak dilancarkan minggu lepas, namun terdapat juga permohonan yang ditolak walaupun individu berkenaan layak, justeru kerajaan akan melihat perkara itu dengan serius.

Mengulas mengenai pertikaian dalam media sosial susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan selepas rombakan Kabinet Selasa lepas, Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, perkara itu tidak melemahkan semangat beliau untuk berkhidmat kerana rakyat juga bebas bersuara.



"Saya terima dengan hati terbuka apa sahaja komen kerana saya bukan sempurna ... setiap orang ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan.

"Saya hanya boleh berjanji akan bekerja sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan Pulau Pinang," katanya yang menerima ucapan tahniah daripada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.

Hui Ying sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pendidikan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:32 PM GMT+8 , Processed in 1.676002 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list