CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8950|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gangguan air di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam Khamis depan

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Gangguan air di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam Khamis depan

15 Disember 2023 12:16pm



Gambar hiasan - Foto fail Bernama



GEORGE TOWN - Sebanyak 9,000 pengguna di kawasan Lebuhraya Thean Teik dan berdekatan Air Itam di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam pada 21 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan berkata, gangguan yang dijadual bermula 9 pagi hingga 9 malam itu disebabkan kerja-kerja penyambungan saluran paip bekalan air yang dialihkan untuk memudahkan projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Jejambat Air Itam.



"Kerja-kerja penyambungan saluran paip bekalan air yang dialihkan akan dijalankan pada hari Khamis di lima tempat di dua lokasi berhampiran iaitu persimpangan Lebuhraya Thean Teik/Lintang Angsana dan Persimpangan Lebuhraya Thean Teik/pasar Farlim.

''Kerja-kerja penyambungan itu adalah terkait dengan pembinaan projek Jejantas Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri,'' katanya dalam kenyataan hari ini.



Pathmanathan berkata, bagi memudahkan kerja-kerja penyambungan paip, PBAPP perlu menutup sementara saluran paip 600mm MS (keluli lembut) di kawasan itu.

"PBAPP memohon maaf atas kesulitan yang akan berlaku akibat gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam itu dan semua pengguna yang terjejas digalakkan menyimpan air mencukupi untuk kegunaan dari 9 pagi hingga 9 malam pada Khamis depan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, semua premis domestik hendaklah dilengkapi dengan tangki air dalaman untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan 24 jam. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043991 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list