CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9366|Reply: 0

[Sabah] Yong presiden baharu MPI

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode


YONG

CYBERJAYA: Ketua Pengarang portal berita, The Weekly Echo yang juga bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Yong Soo Heong, dilantik sebagai Presiden Malaysian Press Institute (MPI) dalam pemilihan tiga jawatan utama Majlis.

Pentadbir pada Mesyuarat Agung Luar Biasa MPI di sini.

Pada mesyuarat sama, Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Farrah Naz Karim dipilih sebagai Timbalan Presiden manakala Pengarang Pengurusan Star Media Group Brian Martin sebagai Naib Presiden.

Yong merakamkan penghargaan dan berterima kasih dengan kepercayaan serta penghormatan yang diberikan oleh ahli kepada Majlis Pentadbir MPI baharu.
Beliau berkata, memandangkan landskap media semakin berkembang, MPI boleh menjadi lebih inklusif dan relevan kepada industri media dengan mengadakan lebih banyak program latihan.

“Program latihan ini bertujuan untuk membantu melahirkan lebih ramai wartawan yang berkualiti dan berkebolehan tinggi dalam usaha membantu
meningkatkan taraf kewartawanan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, MPI akan menjemput lebih banyak media untuk menyertai MPI sebagai ahli.

Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis Pentadbir adalah sehingga Mesyuarat Agung MPI yang akan diadakan sebelum pertengahan tahun hadapan.

Setakat ini, MPI mempunyai enam orang Ahli Majlis Pentadbir termasuk tiga jawatan yang baharu dilantik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.046952 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list