CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9369|Reply: 0

[Sabah] Sokongan, restu ibu kunci kejayaan Maya peroleh ijazah

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode


CEMERLANG: Maya merakamkan gambar kenangan bersama ijazah yang diterima.

KOTA KINABALU: Sokongan dan restu daripada ibu tercinta menjadi pendorong kejayaan juara pertandingan Unduk Ngadau 2021, Maya Hejnowska menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Anak kelahiran Putatan, Sabah yang berumur 23 tahun itu menerima skrol bagi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Seni Muzik) pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25.

Maya berkata, ibunya, Jenne Lajiun adalah kunci utama kepada kejayaannya kerana ibu tercintanya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam setiap perkara yang dia lakukan.  

“Dengan sokongan dan restu ibu, saya juga menyertai pertandingan Unduk Ngadau pada 2021.

“Walaupun pada mulanya hanya untuk suka-suka tetapi saya tidak menyangka mampu muncul juara pada pertandingan itu, apatah lagi ketika itu adalah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan saya hanya mencuba nasib,” katanya.

Beliau berkata, ibunya juga sentiasa menyokong apa yang dilakukannya sehingga sanggup menemani beliau ke mana sahaja.

“Ibu ialah insan pertama yang sentiasa memberi semangat dalam setiap perkara yang saya lakukan.

“Ibu juga berperanan sebagai pengurus dan saya tidak akan menyertai apa-apa pertandingan sekiranya tiada kebenaran daripada ibu saya.

“Saya tidak mengidolakan siapa-siapa, mungkin ini hanyalah keperibadian saya tapi sebab utama saya berbuat suatu perkara itu adalah kerana berkat Tuhan dan restu dari ibu saya,” katanya.

Maya yang juga anak kedua dari tiga beradik turut berkongsi pengurusan masa adalah penting ketika aktif menyertai aktiviti lain khususnya di luar UMS.

Beliau juga berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.061618 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list