CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9326|Reply: 0

[Sabah] Kompleks Pentadbiran Persekutuan Ranau juara APPTBGP kebangsaan buat kali kedua

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode


TAHNIAH: Barisan kakitangan Penyelenggeraan Bangunan, Kebersihan dan Landskap Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ranau.

RANAU: Kompleks Pentadbiran Persekutuan Ranau, sekali lagi berjaya menjuarai dan menerima Anugerah Pengurusan dan Penyelenggeraan Terbaik Bangunan Gunasama Persekutuan (APPTBGP) peringkat kebangsaan tahun ini.

Pegawai Eksekutif bangunan itu, Selimin Abin berkata anugerah pertama yang diterima bangunan itu adalah pada 2022 yang membuktikan adanya kesungguhan serta kerjasama pihak penyelenggeraan bangunan.

Katanya ia membabitkan empat kakitangan termasuk pegawai eksekutif dan 10 kakitangan Bahagian Kebersihan dan Landskap serta seorang kerani.

“Anugerah ini hasil komitmen bersepadu kakitangan yang ditempatkan di Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) berkenaan.

“Antara aspek yang dinilai di dalam dan luar bangunan berkenaan adalah penjimatan air,  penjimatan elektrik, penyelenggaraan bangunan, pelupusan pepejal, teknologi hijau, kebersihan dan landskap,” katanya.

Beliau berkata kesemua aspek dan keadaan bangunan perlu sentiasa bersih dan diberi perhatian dari semasa ke semasa.

“Saya selaku Pegawai Eksekutif bangunan ini sentiasa memastikan aspek berkenaan yang diberi tumpuan dan melaksana tanggungjawab memastikan bangunan berada dalam keadaan baik.

“Tahniah kepada semua kakitangan yang sentiasa prihatin dengan tanggungjawab serta tugas masing-masing,” katanya.

Tambahnya, anugerah yang diterima itu juga adalah untuk semua pihak dan bukan anugerah individu.

Katanya, kesemua kakitangannya turut menerima sijil penghargaan masing-masing.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.304275 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list