CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9290|Reply: 0

[Sabah] Lelaki pengsan ketika menyukat tanah di bukit

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode


RAWAT: Pasukan bomba memberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa turun dari bukit menggunakan pengusung.

PENAMPANG: Seorang lelaki pengsan ketika menjalankan kerja-kerja menyukat tanah di kawasan bukit di Desa Hatchery Lok Kawi, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa berumur 43 tahun itu diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.05 petang dan sepasukan anggota serta pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Penampang digerakkan ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba kemudian bertindak mengangkat mangsa untuk dibawa turun dengan menggunakan pengusung.

"Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa menjalankan kerja-kerja menyukat tanah di kawasan bukit sebelum disedari pengsan oleh rakannnya.

"Mangsa berada dalam keadaan selamat dan operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 4.26 petang," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.054103 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list