CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9274|Reply: 0

[Sabah] Biro Kesihatan Wanita Gagasan Rakyat laksana program di hospital

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-12-2023 04:08 AM



KOTA KINABALU: Biro Kesihatan-Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berjaya mengadakan program 'Jolly & Jingle Caregiver Initiative' di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Program itu diketuai oleh Pengerusi Biro Kesihatan merangkap Exco Wanita Gagasan Rakyat, Dr Davina Markus Majihi. Majlis dilancarkan oleh Pengarah Hospital Likas, Dr Marcus Netto.

Program diadakan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan komuniti kepada penjaga-penjaga yang telah lama bergelut dengan cabaran dalam perjalanan rawatan pesakit kanser.


SAMPAIKAN: Sumbangan-sumbangan yang disampaikan kepada penerima pada majlis itu.

Biro Kesihatan Gagasan Rakyat turut memberikan sumbangan berupa selimut, bantal leher, dan makanan khusus kepada penjaga-penjaga yang setia menjaga pesakit masing-masing.

Dr Davina berkata, peranan penjaga amatlah besar, malah mereka perlu terus kuat walaupun ada kalanya berdepan saat beremosi.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Perubatan I), Dr Christine Lu, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Adrian Allan, Matron Anita Abd Malek dan jururawat-jururawat.


PRIHATIN: Antara penjaga yang menerima sumbangan berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.064600 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list