CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5796|Reply: 0

[Kedah] Premis hiburan langgar hak cipta diserbu

[Copy link]
Post time 15-12-2023 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Premis hiburan langgar hak cipta diserbu

oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
15 Disember 2023   08:38am




Sebuah premis diserbu kerana dikesan melanggar hak cipta menggunakan karya yang didaftarkan tanpa kebenaran.



SUNGAI PETANI - Sebuah premis hiburan diserbu kerana disyaki melakukan pelanggaran hak cipta terhadap karya yang didaftarkan dan menggunakan tanpa kebenaran bagi tujuan komersial.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, serbuan turut dilakukan bersama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) hasil risikan yang dijalankan sejak bulan lalu di sekitar bandar ini.



Menurutnya, pemeriksaan turut dilakukan ke atas set karaoke mendapati ia mengandungi empat salinan pelanggaran lagu yang hak ciptanya terpelihara.


Anggota KPDN dan RIM membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis di Sungai Petani Kedah.




"Premis tersebut disyaki tidak mempunyai sebarang kebenaran untuk menggunakan atau menyiarkan karya-karya yang dituntut hak cipta bagi kegunaan komersial," katanya dalam satu kenyataan.



Beliau berkata, serbuan turut menemui satu unit set 'stand alone' karaoke yang disyaki membuat salinan karya muzik secara tidak sah.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM5,600.







Premis terbabit dikesan melakukan pelanggaran hak cipta terhadap karya yang didaftarkan tanpa kebenaran.




Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (d) Akta Hak Cipta 1987.

"Kita juga menahan seorang warga tempatan berumur 30-an bagi siasatan lanjut," katanya.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.


Pemeriksaan dilakukan ke atas perkhidmatan yang ditawarkan di sebuah premis hiburan di Sungai Petani.




"Orang ramai diharap dapat menyalurkan maklumat kepada Pejabat KPDN Negeri Kedah sebarang kegiatan mencurigakan bagi membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.044121 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list